5 Rutin Harian Lelaki Yang Mempunyai Kesan Sama Dengan Merokok

GAYA HIDUP
May 14, 2018 - 01:05 PM


Tabiat merokok adalah sesuatu perkara yang sangat sinonim dengan lelaki. Malah, ada cakap-cakap nakal di media sosial yang mengatakan “lelaki tak merokok itu spesies terancam”.

Tetapi… Tetapi… Tetapi… (nampak tak apa saya buat?) Hehehe… Sekiranya korang bukanlah seorang perokok, jangan ingat diri korang itu sihat. Sebabnya, untuk mengukur tahap kesihatan seseorang tu ia bukan sahaja dari segi dia merokok atau tidak.

Hakikatnya, terdapat beberapa perkara rutin yang tanpa kita sedar boleh mendatangkan bahaya pada diri dan kesannya, tak kurang seperti merokok. 

Berikut adalah rutin yang ironinya akan dilakukan oleh semua orang dan dalam konteks penulisan ini ditujukan kepada lelaki yang tidak merokok tapi ‘confident’ diri tu sihat.

 

#1. DUDUK SEHARIAN

Untuk point yang nombor satu ni, berkait rapat engan persekitaran pekerjaan. Lagi-lagi kalau kerja di pejabat. Walaupun kerap melakukan senaman, duduk seharian atau dalam jangka masa panjang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan. Terutamanya lelaki.

Menurut kajian yang dilakukan di Kanada, perbuatan duduk statik dalam jangkamasa yang panjang tanpa berkait rapat dengan beberpa kes kanser seperti postat, paru-paru dan kolon.

Untuk atasi perkara ni, kita disarankan untuk mengamalkan senaman ringan dan melakukan pergerakan sebanyak yang mungkin.

Jika di rumah, lakukan aktiviti ringan seperti mengemas rumah, menyapu lantai dan sebagainya.

 

#2. MAKAN DAGING SECARA BERLEBIHAN

Menurut kajian di Universiti California, kandungan protin pada daging haiwan adalah kaya dengan IGF-1 iaitu hormon yang menyebabkan berlakunya perkembangan sel kanser. Mereka yang mengamalkan pemakanan diet ini di pertengahan umur dikatakan berpotensi dan berisiko tinggi untuk maut akibat kanser.

Secara tak langsung, risikonya adalah sama dengan perokok.

Cara atasi adalah dengan menggantikan protin haiwan dengan protin daripada sayuran. Diet beasaskan kacang juga mempunyai level protin yang sama seperti daging tapi tidak mencetuskan peningkatan yang sama dalam kadar kanser.

 

#3. MASAK MENGGUNAKAN GAS

Makanan yang dimasak di atas dapur gas dikatakan berkemungkinan mengandungi karbon monoksida, nitrogen dioksida dan juga fomeldehide. Risiko ini dikatakan lebih tinggi sekiranya ruangan dapur tidak mempunyai sistem saliran udara yang betul.

Untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko bahan tercemar ini, sistem pengudaraan di dapur perlu berfungsi dan secara tak langsung dapat mengurangkan tahap pencemaran sehingga 60% hingga 90%.

 

#4. PENGUNAAN MINYAK MASAK YANG SALAH

Pengunaan minyak masak kebiasaannya tidak diambil berat oleh lelaki, lagi-lagilah kalau rumah bujang. Hakikatnya, tidak semua minyak amsak adalah sesuai untuk digunakan. Ini  ada kaitannya dengan kandungan kolestrol yang terdapat dalam minyak itu sendiri.

Selain itu, minyak masak yang sering diulang-pakai berkali-kali jugan boleh mengundang sebatian yang tidak baik.

Sepatutnya, pemilihan minyak masak haruslah bersesuaian dengan kegunaan harian korang. Contoh mudah, kegunaan minyak zaitun. Sebenarnya minyak zaitun perlu dimasak menggunakan suhu yang rendah dan ia ternyata lebih baik.

 

#5. TAK CUKUP TIDUR

Selain daripada bermain permainan video, atau sudah menjadi kebiasaan. Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi selain daripada ancaman serangan jantung, stork dan juga pelbagai masalah kesihatan lain.

Ada kajian yang mengatakan individu yang tidak mendapat tidur yang cukup iaitu sekitar 6 hingga 7 jam boleh membawa kepada kadar kematian yang setanding dengan perokok.

Untuk atasinya… mudah je. Dapatkan tidur yang cukup. Jika korang mengalami masalah untuk tidur, rujuklah pada yang pakar dan pergi buat pemeriksaan kesihatan.

Selalunya orang malas nak pergi check-up di klinik sebab leceh, mahal dan sebagainya. Pokoknya, tak kiralah kita rasakan kehidupan kita sihat, kita perlu jugak berjaga-jaga. Jangan terlampau confident dan ‘bash’  gaya hidup orang. Mana tahu, tahap kesihatan dia sebenarnya lagi baik dari kita.

=aj=

 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah