5 Teh Paling Mahal Di Dunia – Harga Cecah Jutaan RInggit Untuk Sekilo
GAYA HIDUPSejarah teh kalau nak diikutkan memang panjang dan kompleks. Sejarah minuman yang dihidangkan diseluruh pelusuk dunia ni tersebar dari pelbagai latar belakang dan ianya berlaku kira-kira ribuan tahun dahulu.
Rekod terawal minuman teh ini dijumpai pada kurun ke-3 dalam satu penulisan yang dibuat oleh Hua Tuo, dan pada awalnya teh berasal dari daerah Yunnan semasa pemerintahan dinasti Shang. Waktu itu, teh hanya diminum sebagai minuman ubat.
Pergilah kemana sahaja dalam dunia ni, mesti ada yang menghidang teh. Hari ini, ada bermacam-macam teh yang kita boleh jumpai di pasaran. Ia sudah tentulah mempunyai peminatnya tersendiri, sama macam kopi.
Kalau sebelum ni, kami pernah cerita pasal kopi yang paling mahal di dunia, kali ni, kami nak kongsi 5 teh paling mahal di dunia.
#5. Tieguanyin – RM12,554 sekilogram
Tieguanyin adalah sejenis teh oolong yang mendapat nama sempena penghormatan kepada dewa dalam agama Buddha iaitu Guan Yin.
Dari segi tekstur, warna daun teh ini adalah emas cerah dan daunnya segar. Katanya, daun ni boleh digunakan untuk 7 kali bancuhan teh sebelum rasanya yang unik hilang.
#4. Vintage Narcissus Wuyi Oolong – RM27,200
Teh yang dinamakan sempena lagenda Greek ini dah wujud lebih daripada 500 tahun lalu. Walaupun dinamakan sempena lagenda Greek iaitu Narcissus, teh ini sebenarnya ditanam dan diperolehi daripada Gunung Wuyi di Fujian, China.
Teh ini kemudian dibungkus menggunakan kotak khas untuk tujuan eksport ke Singapura sebelum ia dihantar ke Hong Kong sebelum dijual kepada pengumpul teh cina. Tak sangka kan? Teh pun ada penggumpul.
#3. Panda Dung – RM292,215
Kalau kopi, ada kopi luwak. Yang mana biji kopinya diambil daripada najis musang. Untuk teh, ada Panda Dung.
Memang apa yang ada pada nama itu menggambarkan teh ini. Ia dibuat daripada najis panda yang diberi makan daun teh dan buluh liar.
Sama juga dengan kopi luwak, najis panda ini kaya dengan nutrisi dan ia antara teh paling pahal di dunia.
Rasanya? Tak pastilah macam mana.
#2. PG Tips Diamond Tea Bag – RM62,678 satu uncang
Selain mengandungi daun teh Silver Tips Imperial, sememangnya jenis teh yang mahal, pembungkusan teh ini juga menyumbang kepada harganya yang lumayan tersebut.
Setiap beg teh dihasilkan dengan 280 butir berlian, dan ianya buatan tangan! Dibuat oleh tukang berlian Boodles, produk istimewa ini dikeluarkan sempena ulang tahun ke-75 syarikat mereka.
Berlian pada uncang teh? Tak masuk akal…
#1. Da - Hong Pao – RM5.02 juta sekilogram
Memang tak tergambar dan tak terbayang difikiran kita yang harga sekilogram tehmampu mencecah jutaan ringgit. Namun, jenis teh Da – Hong Po ini adalah jenis yang ditanam sejak zaman Dinasti Ming lagi.
Bukan setakat itu, ia diistiharkan sebagai harta negara oleh Kerajaan China. Kebiasaannya, teh ini akan diberikan sebagai hadiah kepada individu-individu yang mempunyai kepentingan untuk negara China.
Satu lagi, proses pembuatan teh ini disimpan sebagai rahsia yang dikawal rapi tau.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah