Perhatian! Berus Gigi Bekas Pesakit Covid 19 Kena Selalu Tukar
GAYA HIDUPAugust 03, 2021 - 03:45 PM
Bila kita lihat orang yang sihat dari sakit Covid 19 ni selalunya akan nampak terus sihat dan cergas macam biasa. Apabila bekas pesakit ini sampai sahaja di rumah mereka, akan terus berpelukan dan kontak rapat dengan keluarga.
Tapi apa yang kita tidak ketahui disebalik itu adalah simptom yang boleh datang semula. TIdak itu sahaja, barangan harian juga boleh menjadi punca kepada jangkitan itu kembali semula.
Satu saranan dari pakar mengatakan individu yang pernah dijangkiti wabak Covid-19 harus menggantikan berus gigi mereka dengan yang baru kerana berkemungkinan jangkitan boleh berulang. Setiap barangan yang digunakan kali terakhir sebelum dimasukkan ke wad wabak Covid-19 harus serta merta di ganti.
Pakar perubatan gigi, Dr Pravesh Mehra dalam penyataan beliau di mStar, bahawa ianya dapat menyelamat bekas pesakit serta keluarga dari terkena penyakit itu semula sekiranya berkongsi bilik air. Beliau juga mengatakan bakteria mampu melekat dengan lama pada alatan seperti berus gigi.
"Sebaik-baiknya pesakit Covid-19 menggantikan berus gigi dan pembersih lidah selepas 20 hari gejala pertama muncul," katanya.
Tidak hanya bagi pesakit Covid-19, Dr Pravesh memberitahu mereka yang mengalami demam, selesema dan batuk juga sebaik-baiknya menggantikan berus gigi selepas pulih daripada penyakit tersebut.
Bagaimana Covid-19 menular melalui berus gigi?
Pravesh menjelaskan bahawa Covid-19 pada dasarnya tersebar melalui titisan ketika pesakit batuk, bersin, bercakap, ketawa, dan lain-lain tanpa memakai topeng. Covid-19 juga dapat disebarkan melalui sikat gigi dan pembersih lidah, kerana kedua-dua barang ini kemungkinan akan tercemar oleh virus, apalagi jika ia dibuka di bilik mandi.
Oleh itu, apabila pesakit pulih, orang bimbang ia akan menyebabkan jangkitan berulang atau merebak kepada orang lain.
Berus gigi perlu diganti dan anda harus lakukan ini dengan serta merta!
Bekas pesakit yang baharu sahaja sembuh daripada Covid-19 turut disarankan untuk mengamalkan beberapa kebiasaan ketika memberus gigi. Ini termasuklah;
1. Jangan berkongsi berus gigi, kerana ia boleh menjadi vektor pelbagai penyakit termasuk Covid-19
2. Basuh tangan anda sebelum menggosok gigi, kerana apabila tangan yang mungkin mempunyai virus menyentuh mulut anda, virus akan merebak
3. Berus gigi harus dibersihkan setelah digunakan, sebaiknya bilas dengan air suam
4. Pastikan kepala berus gigi tidak menyentuh berus gigi yang lain
5. Sentiasa basuh bekas berus gigi dengan sabun
6. Jauhkan berus gigi dari tandas untuk mengurangkan penyebaran virus aerosol
Jangan ambil ringan perkara ni, kalau taknak perkara sama berulang!
Sumber: mStar
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah