Tips Hilangkan Kedutan Di Sneakers Dengan 3 Langkah Mudah

GAYA HIDUP
May 23, 2019 - 02:39 PM


Sebelum korang baca lebih jauh, korang boleh cuba kaedah yang bakal dikongsikan ini di kasut yang materialnya kulit sahaja. Kalau suede, kanvas dan sebagainya, tak pasti, sebab tak cuba, nak cuba, silakan.

Kedutan di bahagian atas kasut sukan atau sneakers ni memang tak dapat dielakkan, jaga macam mana sekalipun, sekali kalau dah pakai, akan muncul kedutan pada kasut. Kedutan ini akan lebih ketara sekiranya kasut korang tu diperbuat daripada kulit.

Perkongsian asal tips hilangkan kedutan ini asalnya adalah sebuah ‘thread’ di Twitter dan ia dikongsikan oleh seorang Youtuber yang dikenali sebagai Shantel De Bonsu. Menurut Shantel, kedutan di kasut boleh hilang menggunakan 3 langkah mudah!

Cara hilangkan kedutan kasut yang dikongsi ini amat mudah dan menggunakan barang-barang atau bahan yang boleh kita jumpai dekat rumah je.

Korang hanya perlukan :

Stokin, baju lama atau surat khabar lama, tuala kecil atau kain, air panas dan setereka!

Langkah 1 :

Sumbatkan kasut korang tu dengan stoking, baju lama atau surat khabar supaya ia tak bergerak bila ditekan. Maksudnya kat sini, nak kasi bahagian depan kasut tu padat.

 

Langkah 2 :

Basahkan tuala atau kain dengan air panas (ni bukan kain yang korang sumbat Kasut tu tadi tau), picit-picit sikit tuala tu supaya air keluar dan tuala jadi lembap. Letakkan atas bahagian kasut yang berkedut tu.

 

Langkah 3 :

Setereka-kan tuala atau kain lembap tadi sampai kedutan pada kasut hilang. Untuk selamat, korang setkan iron korang tu kepada yang paling rendah dan masa setereka tuala tu, angkat sekali sekala. Takut terbakar atau rosak pulak kasut nanti. Hehe.

Proses ni mudah, tapi makan masa dan berbaloi.

Menurut ‘testimoni’ yang dikongsikan di twitter, memang ramai yang akui menjadi. 

Terasa nak cuba? Ni video yang dikongsikan di Youtube Channel Shantel ni :

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah