Trend Pacak Khemah Sambil Minum Kopi Di Genting Undang Rasa Tidak Senang Netizen

GAYA HIDUP
November 23, 2021 - 02:47 PM


Satu Malaysia masih dalam mood berjalan-jalan di seluruh Malaysia lagi lagi lepas kebenaran untuk rentas negeri. Tidak ketinggalan anak muda Malaysia turut explore semua tempat yang menarik ataupun melakukan satu aktiviti bersama kawan-kawan.

Akibat PKP, seluruh penduduk dunia mula menggunakan TikTok sebagai medium hiburan. Terdapat konten yang pelbagai yang mampu menarik perhatian anak muda. 

Terbaharu, menjadi trend untuk pacak khemah dan nikmati kopi panas dan maggi di parking lot berdekatan stesen Petron di Genting Highland yang difahamkan dikhaskan untuk meletakkan bas. Boleh dilihat di TikTok, ramai yang sertai trend tersebut.

@_dattebayo8 #gentinghighlands ♬ bunyi asal - Mhd Aizzat

Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan tempat tersebut tidak sesuai serta salah kerana ia merupakan kawasan persendirian. Malah, para netizen bersetuju bahawa seharusnya mereka mencari tapak yang sesuai bukannya melakukan hal seperti ini.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berharap pihak Genting Highlands akan perketatkan lagi sekuriti agar hal seperti ini tidak berlaku kelak disebabkan faktor keselamatan.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah