Bayu Lestari - Lokasi Hidden Gem Yang Wajib Masuk Dalam Travel Bucket List Korang

HOTEL
May 18, 2021 - 12:43 PM


Siapa je yang tak sukakan resort terpencil yang terletak jauh dari orang ramai lebih-lebih lagi dalam musim pandemik ni kan? So kalau korang ada plan untuk pergi bercuti ke pulau pada masa akan datang, korang bolehlah pergi ke lokasi yang bernama Bayu Lestari Island Resort yang terletak di Pulau Besar, Mersing. 

Pulau Besar Mersing ni terletak berdekatan Pulau Rawa Johor, tetapi kecantikan dia sangat menakjubkan dan membuatkan mereka yang menjejakkan kaki di Pulau Besar ini terpegun dengan keindahan semula jadi di situ. 

Ia juga sangat sesuai untuk korang yang ingin pergi bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan untuk percutian honeymoon atau family gathering.

Berbalik kepada Bayu Lestari Island Resort, di sini terdapat beberapa jenis villa yang korang boleh pilih dari:

  • Executive Bungalow
  • Deluxe A Frame
  • Standard Suite
  • Exclusive Villa

Setiap dari villa ini sangat bersesuaian dengan bilangan orang yang akan duduk, jadi pilihlah mengikut kesesuaian korang okay?

Terdapat juga beberapa aktiviti yang korang boleh lakukan di sini seperti jungle trekking, berkayak, dan juga bermain bola tampar di pantai. So kalau korang ingin mencari lokasi penginapan best dan cantik ketika trip korang ke pulau pada masa akan datang, Bayu Lestari Island Resort ini sangatlah sesuai dan bakal memenuhi kendak korang ketika bercuti di sana. 

Alamat: Lot 4, Pulau Besar, 86800 Mersing, Johor

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah