Ipoh Bali Hotel - Tak Perlu Lagi Ke Luar Negara Untuk Merasai Pengalaman Duduk Di Bali

HOTEL
October 26, 2020 - 12:31 PM


Korang selalu teringatkan percutian korang ke Bali? Rindu nak pergi bercuti ke sana? Atau korang tak pernah lagi sampai ke Bali? Kalau korang jawab ya ke semua soalan di atas, di sini ada satu kejutan untuk korang. Di Ipoh, terdapat satu hotel yang bernama Ipoh Bali Hotel. Ya, betul tu, hotel ini bertemakan hotel-hotel di Bali dan pasti akan memberikan vibe Bali kepada korang yang rindu atau belum pernah sampai ke sana.

Korang boleh teka dari nama hotel ni, ianya terletak di Ipoh. Dari pintu masuk lagi korang boleh lihat design yang mengambil inspirasi dari seni bina hotel-hotel di Bali. Dengan perabot-perabot kayu dan hiasan dalaman yang sangat cantik dan penuh dengan detail, korang akan lupa yang korang sekarang berada di malaysia! 

Terdapat beberapa jenis bilik untuk korang pilih antaranya bilik standard double (muat untuk 2 orang), superior double di mana korang boleh pilih untuk ada pemandangan balkoni atau garden, deluxe studio suite, dan family studio suite (5 orang). Tak kiralah bilik mana yang korang pilih, korang akan dapat lihat hiasan kayu dan buluh dalam setiap bilik tersebut menggambarkan suasana di Bali. 

Bukan tu je, korang juga boleh book untuk dekorasi romantik buat pasangan korang. Bilik korang akan dihias dengan bunga dan pelbagai jenis hiasan. Tapi kalau tak nak romantik pun boleh, Ipoh Bali Hotel ada menyediakan hiasan untuk birthday surprise juga. Selain itu, ada pakej pre-wedding untuk korang shoot gambar cantik-cantik.

Kalau nak rileks dan tenangkan diri pula korang boleh pergi ke bumbung untuk menikmati pemandangan cantik. Di bumbung ini terdapat perabot untuk korang rileks dan bersantai. Malah korang juga boleh book bumbung ini untuk buat private party dan sebagainya. Dan tak lengkaplah percutian ke 'Bali' kalau tak ada spa betul tak? Jangan risau, ada spa di sini dan pastinya akan mengingatkan korang kepada pengalaman di Bali. 

Jadi jangan tunggu lagi, memang 'authentic' la pengalaman Bali di hotel ni. Korang yang rindu atau tak pernah sampai ke tempat tu, tak payah keluar negara la. Sini pun dah ada, malah lagi best kot. Apa pun jangan lupa jaga SOP dan penjarakan sosial okay? Untuk info lebih lanjut, boleh tengok di bawah:

Laman Web Facebook Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah