Tasik Villa International Resort - Resort 5 Bintang Di Port Dickson Yang Memang Berbaloi

HOTEL
November 24, 2020 - 10:35 PM


Port Dickson memang terkenal dengan resort-resort terapung yang berada di tepi pantai dan semuanya memang sangat cantik dan unik. Tapi kalau korang dah bosan dengan pantai, apa kata korang pergi ke bahagian tengah sedikit berdekatan dengan tasik pula. Memang kena dengan nama yang diberi, Tasik Villa International Resort ni memang sangat best untuk korang pergi bercuti.

Tasik Villa International Resort merupakan resort 5 bintang yang terletak di Port Dickson dan mempunyai gabungan design kontemporari dan tradisional/ Terdapat 200 bilik untuk pelanggan pilih dari two-room villa hinggalah romantic deluxe honeymoon. Kalau korang datang dengan family beserta anak, boleh ambil Family Villa yang boleh memuatkan 4 orang. 

Family Villa juga dilengkapi dengan ruang tamu, dapur yang lengkap untuk korang masak. Antara tarikan utama untuk duduk di Family Villa ini adalah private pool di belakang rumah korang. Memang best untuk mandi dan berendam dalam cuaca panas dan jangan risau, dinding penghadang agak tinggi supaya orang rumah sebelah tak nampak korang tengah berendam. 

Tarikan utama resort ini sudah tentu tasik yang tersegam indah dan cantik di depan villa korang. Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh join seperti berkayak, paddle boating, dan berbasikal. Korang juga boleh pergi ke Segar Recreation park untuk aktiviti rock climbing, memanah, dan yang paling best sekali, flying fox. Memang berbaloi guys.

Jadi kalau korang nak duduk di lokasi unik di Port Dickson yang tidak terletak dekat dengan pantai, Tasik Villa International Resort merupakan pilihan terbaik korang. Macam biasa jangan lupa jaga SOP dan penjarakan sosial, dan kalau korang nak tahu lebih banyak lagi info mengenai resort ni, boleh pergi ke laman web rasmi dan media sosial mereka di bawah:

Laman Web Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah