8 Homestay Yang Unik Dan Menarik Jika Anda Ke Iceland

HOTEL
July 01, 2019 - 05:01 PM


Iceland merupakan salah satu destinasi pilihan ramai orang, namun disebabkan Iceland terletak jauh di Eropah membuatkan tidak ramai yang berpeluang untuk menjejakkan kaki di bumi Iceland ini. 

Untuk ke Iceland anda ada beberapa pilihan antaranya boleh ambil penerbangan melalui KL - London - Iceland ataupun KL - Paris - Iceland.

Iceland bukan sahaja menyajikan pemandangan yang luar biasa malah homestay yang didirikan di sana juga turun mempunyai tarikan sendiri.

Berikut kami kongsikan 8 Homestay yang unik dan menarik jika anda berpeluang ke Iceland satu hari nanti.

#1 Lagafell Guesthouse

Terletak di Grindavik, Lagafell Guesthouse adalah antara homestay terbaik di Iceland. Homestay ini juga terletak 4.3km sahaja dari tarikan paling popular di Iceland iaitu Blue Lagoon. Kemudahan yang disediakan di homestay ini termasuklah Wifi, parkir percuma, alat memasak yang lengkap berserta dapur, bilik air yang bersih dan juga sarapan pagi percuma.

Aktiviti yang boleh dilakukan di Homestay ini adalah hiking dan horse riding.

Location: 34, Ísland, Víkurbraut, Grindavík, Iceland

#2 Einarsstadir Homestay

Homestay ini dibina pada tahun 1900 dan sebab itu homestay ini tersenarai antara homestay paling unik di Iceland. Terletak di Vik, homestay ini terletak kira-kira 5 minit sahaja dari Black Sand beaches of Vik. Antara kemudahan yang disediakan di Homestay ini adalah high-speed internet, scenic views, front garden, terrace, dan alat memasak yang lengkap berserta dapur.

Location: Víkurbraut, Vík, Iceland

#3 Guesthouse Galleri Vik

Homestay ini mendapat rating yang tinggi di Iceland. Terletak di Vik berdekatan dengan tarikan utama Black Sand beache. Homestay ini jenis teres dan disediakan tempat untuk BBQ. Bilik air juga bersih. Bagi mereka yang suka berkenalan dengan traveler, Homestay ini amat sesuai untuk anda. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah bermain ski, berbasikal dan juga menunggang kuda. 

Location: Bakkabraut 6 Vík, Iceland

#4 Vid Hafid Guesthouse

Vid Hafid Guesthouse terletak Olafsvik in Iceland hanya 1 minit sahaja untuk ke pantai di Iceland. Homestay ini sangat simple sesuai dengan mereka yang ke Iceland secara backpakers. Paling best pemandangan dari homestay ini adalah berlatarbelakangkan pantai. 

Kemudahan : Free Wifi, View Gunung dan View Pantai, ada private bilik air dan ada sharing bilik air, gym, kedai cenderamata dan kelengkapan dapur untuk memasak. 

Location: 355, Ólafsbraut 55, Ólafsvík, Iceland

#5 The White House Bed and Breakfast

Terletak di Reykholt kira-kira 30 minit pemanduan ke Golden Waterfalls dan Gullfoss waterfalls. Ada dua jenis bilik iaitu taman dan juga jenis teres. Sarapan pagi percuma.

Location: Borgarbraut 19, 801 Reykholt, Iceland

#6 Guesthouse Fagrilundur

Guesthouse Fagrilundur juga dikenali sebagai Blue Grove Guesthous. Merupakan homestay family berlatarbelakangkan taman kehijauan. Terletak di Golden Circle perkampungan Reykholt dan hanya 30 minit sahaja pemanduan ke air terjun Gullfoss. Tempat ni sesuai untuk korang yang nak rilek di Iceland. 

Location: Skólabraut, 801 Reykholt, Iceland

#7 Aska Guesthouse

Aska Guesthouse terletak kira-kira 98km dari Reykjavik International Airport. Homestay ini juga boleh dikatakan remote homestays di Iceland. Ada spa, tempat BBQ, alatan dapur untuk memasak dan yang best view dia memang cantik.

Location: 13, Borgarbraut, Reykholt, Iceland

#8 Guesthouse Carina

Terletak di kawasan Vik, tempat popular di sekitar homestay ini adalah black sand beach yang hanya mengambil masa 8 minit jalan kaki sahaja. Ada disediakan Wifi, dapur, breakfast dan bilik air. View gunung yang cantik. 

Location: 13, Mýrarbraut, Iceland

Jadi korang kalau bercadang nak datang Iceland bolehlah survey homestay ini. Semua homestay di atas ada tempat memasak sebab orang Malaysia kalau datang Iceland memang wajib masak sendiri sebab boleh jimat perbelanjaan dan jarak homestay dan supermarket agak jauh kalau korang pergi ke tempat tarikan yang popular. Lagi satu di Iceland mana ada kedai tepi jalan yer. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah