Anjung Spotter KLIA, Lokasi 'Insta-Worthy' Bagi Si Gila Petik Foto Pesawat!

JALAN-JALAN
March 11, 2019 - 11:09 AM


Jika baru-baru ini pihak berkuasa Phuket, Thailand mengharamkan sebarang aktiviti merakam gambar pesawat di Pantai Mai Khao dan lapangan terbangnya atas faktor keselamatan, namun ia berbeza di Malaysia.

 

Di sini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bakal membina anjung tinjau pesawat pertamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mengubah lapangan terbang itu dan persekitarannya menjadi destinasi menarik.

Jadi, bagi korang yang suka tengok dan ambil gambar pesawat sama ada sedang berlepas atau mendarat, ‘Anjung Spotter’ adalah lokasi baru yang wajib dikunjungi!

Pembinaan anjung tinjau itu dijadualkan bermula bulan ini dan dijangka siap bulan depan.

Ia akan dibina di luar perimeter lapangan terbang, bersebelahan satu daripada tiga landasan KLIA dan dari situ yang bestnya korang akan dapat ‘port’ paling baik untuk melihat pesawat tiba di Runway 32L!

Jadi bagi korang yang bergelar 'planespotter' (pengesan pesawat) atau penggemar penerbangan, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara pengunjung awal anjung tinjau tu nanti.

Dan untuk korang si kaki jalan, sebelum nak terbang ke destinasi percutian boleh saja singgah ke anjung tinjau itu dulu untuk merakam sekeping dua gambar ‘Insta-Worthy’, mesti banyak likes korang terima nanti. Hehehehe….

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah