Bercuti Dalam Chalet Kontena Tepi Sungai, Dekat Je Area KL!

JALAN-JALAN
March 12, 2020 - 04:20 PM


Memandangkan sekarang tengah kecoh tentang kes penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing, ramai yang terpaksa membatalkan atau menangguhkan rancangan percutian mereka.

Tetapi kalau keadaan semakin pulih nanti dan anak-anak dah mulai bising serta merayu untuk dibawa bercuti, mungkin korang boleh bawa mereka berkhemah di tepi sungai yang tak jauh pun dari Kuala Lumpur.

Lokasinya adalah di GIBS ECOTOURISM RESORT, Jalan Hulu Yam Bharu hanya sekitar 7 kilometer dari Batu Caves!

Resort ini sangat sesuai untuk percutian keluarga di mana ia berkonsepkan penginapan dalam chalet berbentuk kontena yang bakal memberi pengalaman unik buat anak-anak.

Kalau nak lebih adventure, korang pun boleh bermalam di dalam khemah yang disediakan dengan dikelilingi suasana kehijauan alam semulajadi yang sangat mendamaikan serta dilengkapi aliran air sungai yang sejuk dan sesuai untuk bermandi-manda.

Air sungai di sini tidaklah begitu deras atau dalam dan ianya sangat sesuai untuk korang yang datang membawa anak-anak kecil.

Dengan udara yang sejuk dan nyaman pada waktu malam, ‍‍‍‍‍Gibs Ecotourism Resort ini sememangnya sebuah destinasi percutian terbaik untuk korang berehat dan bersantai bagi menenangkan fikiran.

Resort ini menyediakan bilik-bilik kontena berupa jenis Double atau Twin, dilengkapi balkoni dengan keluasan 172 kaki persegi serta mempunyai penyaman udara.

Selain aktiviti air di sungai, antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah hiking, bermain biliard dan golf mini, BBQ serta bersantai di bilik keluarga yang disediakan.

Bagi bab makanan katanya ada disediakan makan tengah hari bungkus untuk tetamu yang menginap tetapi sekiranya korang nak bawa makanan sendiri boleh je shopping di Tesco Extra Selayang yang terletak hanya 17 kilometer sebelum tiba di resort berkenaan.

Harga untuk satu malam di resort ini adalah sekitar RM160 sahaja!

Untuk mengetahui maklumat lanjut atau membuat tempahan korang boleh layari Facebook rasmi Gibs Ecotourism Resort ini.

 

 

 

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah