Bestnya, Hanya RM15 Seorang Dah Boleh Pusing-Pusing Penang!
JALAN-JALANJuly 23, 2020 - 01:55 PM
Dengan hanya RM15 seorang, anda kini boleh melancong di beberapa lokasi menarik sekitar Pulau Pinang!
Bas khas akan mengambil penumpang di hotel terpilih dan lokasi tertentu pada pukul 9 pagi dan anda dapat menikmati keindahan Pulau Mutiara itu sehingga pukul 6 petang.
Bagi memastikan semua penumpang mengamalkan penjarakkan sosial, ia hanya mengehadkan seramai 25 pelancong dalam bas.
Pakej RM15 itu yang dikenali sebagai Super Saver, datang dengan tiga perjalanan termasuk ke Bukit Bendera atau Teluk Bahang, diikuti ke Penang Street Harmony (Jalan Masjid Kapitan Keling).
Pakej ini juga akan membawa pelancong ke Reclining Buddha Temple dan Burmese Buddhist Temple di Pulau Tikus, termasuk melawat lukisan jalanan dan kedai tempatan.
Selain itu, pakej Super Saver juga termasuk lawatan ke Kampung Agong, Design Village Outlet Mall di Batu Kawan dan persinggahan tempat makan menarik.
Tawaran itu boleh didapati dari sekarang sehingga 31 Oktober depan.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari penangtraveldeals.com, iaitu laman web yang dibangunkan kerajaan negeri bagi mempromosikan pelancongan domestik di Pulau Pinang sebagai salah satu langkah meningkatkan ekonomi selepas Covid-19.
Tawaran terbaharu ini adalah tarikan terkini yang diperkenalkan Penang Global Tourism dengan kerjasama Malaysia Chinese Tourism Association (MCTA).
"Bertahun-tahun saya dalam bidang pelancongan, saya tidak pernah lihat pakej semurah ini. Biasanya, tour dengan pemandu pelancong untuk separuh hari dikenakan bayaran di antara RM55 dan RM60.
"Kos pengangkutan sahaja sudah mencecah RM20 dan RM30," kata Pengerusi MCTA, Andy Chuah.
Sumber: Mstar
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah