Gilerlah! AirAsia Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM12 Ke Langkawi!

JALAN-JALAN
September 10, 2021 - 07:23 PM


Bila Langkawi jadi destinasi perintis untuk projek 'travel bubble' atau gelembung pelancongan bermula 16 September ini -- makin menjadi-jadi pula tawaran tiket murah oleh syarikat penerbangan tempatan.

Kali ini giliran AirAsia pula cetuskan viral di media sosial apabila menawarkan tiket penerbangan serendah RM12 sehala ke Langkawi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu.

Bagi mendapatkan tawaran menarik itu, orang ramai boleh menempah kenderaan untuk ke lapangan terbang terus dari airasia Super App melalui airasia ride, dengan nilai terendah di pasaran daripada RM55 sehala (hanya tersedia untuk Lembah Klang sahaja) -- menggunakan kod promosi RIDE55 dari sekarang hingga 30 September ini.

”Rebutlah tawaran kombo SNAP dengan penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam daripada RM99 untuk seorang di hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang di Langkawi.

”Tawaran terhad ini bermula dari 9 September untuk tempoh perjalanan antara 16 September dan 31 Disember 2021. Klik ikon ‘SNAP’ di airasia Super App untuk membuat tempahan,” kata AirAsia dalam satu  kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, AirAsia menyambut baik keputusan kerajaan untuk memulakan gelembung perjalanan ini bagi memulihkan keseluruhan industri pelancongan di Langkawi.

”Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami berbesar hati untuk menyokong kerajaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tourism Malaysia dengan menawarkan penerbangan serendah RM12,” ujar beliau.

AirAsia telah membuat persediaan rapi untuk kembali terbang dan menjemput para penumpang untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih meyakinkan dan selamat bersama AirAsia.

Syarikat penerbangan ini menasihatkan penumpang mematuhi syarat-syarat perjalanan untuk ke destinasi yang dituju termasuk :-

- Mempunyai dokumen kesihatan dan perjalanan yang diperlukan seperti keputusan ujian negatif Covid-19, sijil vaksinasi dan kelulusan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

- Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan (semua tetamu AirAsia mestilah memakai pelitup muka sepanjang masa – di lapangan terbang semasa daftar masuk dan pengambilan bagasi, dan semasa penerbangan)

- Sila ambil maklum bahawa pemakaian pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia; anda mestilah memakai pelitup muka tiga lapis yang disarankan. Anda juga boleh memakai pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik.

- Semua penumpang hendaklah mendaftar masuk secara kendiri untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di terminal, semua tetamu dikehendaki mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui airasia Super App atau laman web airasia.com dan memuat naik dokumen perjalanan yang berkaitan (sijil ujian negatif Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi) untuk pengesahan masa nyata.

- Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah