Jom Jalan-Jalan Penang, Ada Diskaun 50 Peratus Dari 15 Mac-15 Mei Ini!
JALAN-JALANFebruary 27, 2020 - 11:58 AM
Ada tak dalam kalangan korang yang terpaksa membatalkan perancangan untuk bercuti ke luar negara disebabkan risau dengan penularan wabak COVID-19?
Jangan bimbang sebab korang masih lagi boleh melancong dalam negara yang tak kurang hebatnya!
Kalau korang tak tahu nak bercuti ke mana, mungkin korang boleh cuba jalan-jalan ke Pulau Pinang kerana banyak tarikan pelancongan di negeri itu bakal menawarkan potongan istimewa sehingga separuh harga bermula 15 Mac hingga 15 Mei 2020.
Antara yang terlibat dalam potongan diskaun sehingga 50 peratus adalah :-
- The TOP Penang
- Tech Dome Penang
- Dark Mansion-3D Glow in the Dark Museum
- Penang Hop On Hop Off
- Taman Burung Pulau Pinang
- Entopia by Penang Butterfly Farm
Selain itu, pelbagai restoran terkemuka dan kedai peruncitan turut menawarkan pelbagai diskaun kepada pengunjung.
Lebih istimewa, kalau korang adalah penduduk Pulau Pinang yang mempunyai MyKad dengan kod negeri 07, 34 dan 35 atau dengan alamat kediaman Pulau Pinang korang juga bakal menikmati tawaran ekslusif ini.
Potongan harga ini dilakukan sebagai inisiatif untuk membantu menangani kelembapan sektor pelancongan negeri disebabkan penularan COVID-19.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah