'Rahang Historical Rail Tourism' 130 Tahun Jadi Tarikan Pelancongan Baru Negeri Sembilan
JALAN-JALANOctober 28, 2021 - 04:35 PM
Mulai Januari tahun depan, Negeri Sembilan bakal memiliki satu lagi produk pelancongan ikonik dan bersejarah iaitu "Rahang Historical Rail Tourism" atau Laluan Keretapi Bersejarah Rahang yang berusia 130 tahun!
Jalan kereta api yang pernah digunakan pada tahun 1891 untuk mengangkut bijih timah di Kampung Chedang, Seremban itu difahamkan adalah laluan yang kedua tertua di Malaysia selepas laluan Port Weld (Kuala Sepetang) di Taiping, Perak.
Laluan tersebut sepanjang 40 kilometer dari Seremban ke Port Dickson berkenaan ditutup sepenuhnya pada 2008.
Ia turut menghubungkan Seremban (Sungei Ujong)-Port Dickson iaitu pengangkutan terpenting bagi aktiviti perlombongan biji timah, kopi serta getah sebelum dieksport ke Eropah pada masa dahulu.
Kini keunikan laluan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri itu ingin diangkat kembali kepada orang ramai khususnya pelancong dalam dan luar Negeri Sembilan, yang sekali gus diharap menarik kedatangan pelancong ke Seremban.
Tarikan terbaharu itu dijangka dibuka kepada orang awam awal Januari depan dan kini kerja-kerja menaik taraf infrastruktur serta memperindahkan kawasan sedang dijalankan, termasuk pembinaan papan tanda sejarah dan replika.
Keunikan tempat ini bukan sahaja mempunyai laluan kereta api malah ia berhampiran dengan gerai makan yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu 'Warung Bambam' dan jambatan Bakar Batu.
Sumber: Utusan
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah