Sebab-Sebab Mengapa Anda Perlu Mengambara Secara Solo
JALAN-JALANTidak dinafikan, mengembara bersama rakan-rakan amat menyeronokkan lagi-lagi bersama rakan-rakan yang sekepala. Lagipun, ianya memudahkan kerja kita kerana ada rakan menemani kita kemana sahaja yang kita pagi.
Walaupun begitu, ada kalanya elok juga kalau dapat mengembara secara solo. Terdapat beberapa kelebihan mengembara secara solo berbanding mengembara secara berkumpulan.
1. Lebih Mudah Mengenali Masyarakat Setempat
Apabila berseorang, kita lebih mudah untuk berbual dan mendekati masyarakat setempat. Selalunya apabila mengembara bersama rakan-rakan, kita lebih gemar berbual sesama sendiri daripada orang tempatan.
2. Meningkatkan Keyakinan Diri
Apabila berseorangan, kita akan memaksa diri untuk lebih berani untuk membuat keputusan sendiri. Ianya juga memaksa kita menguruskan masa dan perjalanan sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Ianya berlainan sekiranya kita mengembara bersama rakan-rakan kerana ada kalangan kita akan bergantung semata-mata pada mereka untuk membuat keputusan.
3. Lebih Mudah Menyelami Minat Anda
Sekiranya mengembara secara berkumpulan, seringkali tempat yang dituju adalah atas persetujuan bersama. Contohnya, sekiranya anda gemar ke muzium manakala rakan-rakan yang lain tidak gemar ke muzium, maka besar kemungkinan anda tidak akan ke muzium kerana terpaksa mengikut rancangan rakan yang lain. Hal ini tidak terjadi sekiranya anda mengembara secara solo. Tidak ada apa yang perlu difikirkan. Sekiranya anda gemar ke pantai, muzium dan sebagainya, anda bebas untuk ke mana-mana sahaja anda sukai.
4. Lebih Berdikari dan Bijak Membuat Keputusan
Travel secara solo sememangnya memaksa anda untuk berdikari dan bijak membuat keputusan. Setiap keputusan yang anda buat, anda sahaja yang akan tahu akibatnya. Selain itu, ianya juga melatih diri anda untuk membuat keputusan dengan bijak dan pantas sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri anda.
Bagi yang ingin cuba mengembara solo, tidak semestinya anda perlu ke luar negara. Mungkin anda boleh cuba di Malaysia dahulu memandangkan kos yang lebih murah. Pengembaraan yang bermakna bukanlah yang mahal, tetapi yang dapat mengubah persepsi hidup anda.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah