Senarai Acara Menarik Sepanjang Festival Pulau Pinang Jun-Julai Ini
JALAN-JALANFestival Pulau Pinang kembali lagi, tahun ini!
Bagi korang yang tak tahu nak bercuti ke mana pada bulan ini hingga Julai nanti, mungkin korang boleh singgah ke pulau mutiara ini untuk sama-sama meraikan kemeriahan pelbagai pesta termasuk Festival George Town (GTF) yang bertemakan ‘Festival Untuk Semua!’
Jom kita usha senarai acara-acara yang menarik di Festival Pulau Pinang tu nanti!
#1. Pesta Durian Pulau Pinang
Durian adalah raja buah yang paling popular di Pulau Pinang dan mesti dicuba oleh semua pelawat yang berkunjung ke negeri ini.
Terdapat banyak jenis buah durian memenangi anugerah di Pulau Pinang seperti Ang Hae, D16, Ang Jin, Ang Bak, D700 dan banyak lagi.
Tarikh Acara: 1 Jun - 31 Julai 2019
Alamat: Jalan Burma, Jalan Macalister, Jalan Anson, Anjung Indah Balik Pulau, Ladang Durian Bao Sheng
#2. Open Studios Penang
Open Studios Penang merupakan acara seni terbesar di Pulau Pinang apabila menampilkan lebih 80 barisan artis mengambil bahagian di 30 lokasi berbeza.
Peserta yang terlibat termasuk seniman Vietnam terkemuka, Ha Manh Thang dan Pham Huy Thong, artis Malaysia seperti Dato’ Chong Hon Fatt dan Ch'ng Kiah Kiean serta berpuluh artis terkenal lain.
Seni yang dipamerkan termasuklah lukisan, lakaran, pensil warna, arca, kolaj, barang kemas dan fotografi.
Selain itu, bengkel untuk membuat gajah daripada tanah liat, lukisan dengan api, seni pensil warna, percetakan, karya kayu dan pelbagai sesi diskusi mengenai kehidupan dan survival artis seni turut dianjurkan.
Tarikh Acara: 14 - 16 Jun 2019
Alamat: 30 Galeri Seni di sekitar Pulau Pinang
#3. Regatta Naga Antarabangsa Pulau Pinang
Jangan ketinggalan untuk menikmati cuti hujung minggu yang menyeronokkan dengan menonton pertandingan perahu naga daripada pasukan pelbagai negara yang mengambil bahagian.
Tarikh Acara: 15 - 16 Jun 2019
Alamat: Teluk Bahang Dam
#4. Pesta Bagan @ Butterworth Art Walk - Sambutan Hari Raya
Pesta Bagan @ Butterworth Art Walk diilhamkan daripada Hari Bebas Kenderaan yang bertujuan mengurangkan penggunaan kereta di jalan raya.
Pesta Bagan kali ini diadakan bersempena tibanya Aidilfitri untuk mendekatkan masyarakat pelbagai budaya dan tradisi sambutan Hari Raya yang diraikan oleh masyarakat Melayu di negara ini.
Tarikh Acara: 22 Jun 2019
Alamat: Butterworth Art Walk, Lorong Bagan Luar 2
#5. Persembahan Miniatur Hobi Malaysia (MMHS) / Pertandingan Malaysia (MALCOM)
Pameran Miniatur Hobi Malaysia 2019 (MMHS) ialah Pameran Hobi Asia Tenggara ke-4 yang diadakan secara tahunan.
Ia adalah pameran perdagangan yang menampilkan Pengilang Hobi terkenal dari lebih 15 buah negara.
Tarikh Acara: 29 - 30 Jun 2019
Alamat: Cititel Penang
#6. Sambutan Warisan George Town
Acara tahunan yang memperingati pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008.
Ia bagi meraikan warisan dan khazanah yang dimiliki George Town seperti kepelbagaian kaum masyarakatnya, makanan tradisional, acara kebudayaan, seni dan kraf, yang melambangkan sejarah serta keunikan bandar George Town.
Tarikh Acara: 6 - 8 Julai 2019
Alamat: George Town UNESCO World Heritage Site
#7. Festival George Town
Festival George Town yang masuk edisi ke-10 penganjurannya tahun ini bakal menyajikan 150 program kepada para pengunjung yang mencari kepuasan artistik dengan persembahan tarian, teater, forum, ceramah, fesyen, muzik, komedi dan filem.
Bertemakan “A Festival for Everyone”, pengunjung yang berminat juga boleh menyertai perbincangan mendalam mengenai seni dan penjenamaan dengan menghadiri simposium seperti Great New World, From Free Port to World Heritage Site and Isle to Isle: Design Forum.
Tarikh Acara: 13 - 28 Julai 2019
Alamat: George Town UNESCO World Heritage Site
#8. Festival Bukit Bendera
Bukit Bendera yang sememangnya terkenal sebagai ikonik pelancongan Pulau Pinang akan menganjurkan Festival Bukit Bendera dengan menampilkan pelbagai acara menarik dan berkisar mengenai khazanah alam hutan hujan tropika berusia lebih 130 juta tahun itu.
Antara acara yang akan diadakan adalah Pameran Foto, Pertandingan Foto, Special Nature Walks, Bengkel Pendidikan Alam Sekitar @ The Habitat, Music on Hill, Sesi Menonton Burung dan Entopia.
Tarikh Acara: 18 - 21 Jul 2019
Alamat: Penang Hill, Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam, 11500 Penang
#9. Festival Penang Bon Odori
Festival Penang Bon Odori ini diilhamkan daripada budaya dan adat resam masyarakat Jepun.
Pelbagai gerai makanan menjual tempatan dan Jepun, pertunjukan bunga api, jualan cenderahati khas Jepun, persembahan dan permainan akan diadakan untuk pengunjung yang datang ke festival ini.
Tarikh Acara: 20 Julai 2019
Masa: 6 petang hingga 10.30 malam
Alamat: Queensbay Mall Outdoor Car Park, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang
#10. Festival St. Anne's
Upacara keagamaan selama 10 hari ini bakal menarik kehadiran masyarakat yang ingin melakukan perarakan lilin di kawasan gereja pada waktu malam.
Tarikh Acara: 21 - 30 Jul 2019
Alamat: St Anne's Church, Bukit Mertajam
P/S: Untuk lebih maklumat lanjut tentang aktiviti dan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang untuk korang lawati, layari mypenang.gov.my.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah