Tamarind Square, Tempat Lepak Best Untuk Si Ulat Buku & Kaki Gambar!
JALAN-JALANKalau korang jenis individu yang gemar membaca, kaki makan dan suka bergambar cantik, mesti korang bakal teruja dengan satu lokasi yang ada di Cyberjaya ini.
Lokasi yang dimaksudkan ialah Tamarind Square!
Tamarind Square yang terletak di Persiaran Multimedia, Cyber 11, Cyberjaya ini merupakan sebuah bangunan perniagaan bercampur yang berkonsepkan urban kontemporari dengan dikelilingi oasis hijau yang mendamaikan.
Rekaan bangunannya yang kreatif dan sofistikated nyata memberi impak persekitaran yang unik dan segar untuk dijadikan lokasi bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menjamu selera.
Menariknya, Tamarind Square ini dari luar kelihatan seperti hutan apabila dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang disusun secara vertical dan berjuntaian, memberi efek menakjubkan di dalam gambar.
Justeru tak hairanlah, lokasi ini semakin menarik perhatian terutama golongan anak muda untuk bereksperimen dengan bakat fotografi mereka.
Tak percaya, cuba korang tengok gambar-gambar kat bawah ini. Memang sangat 'Insta-Worthy'!
Cantik-cantik, kan gambar dorang posing dekat Tamarind Square ni!
Dah habis posing dan kalau terasa lapar, di sini ada lebih 10 restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan Barat.
Dah kenyang dan tiba-tiba datang mood nak membaca bagi menambah ilmu pengetahuan, korang boleh singgah ke BookXcess, sebuah kedai buku yang terbesar dan dibuka 24 jam sehari!
Ya, setor buku yang terkenal dengan jualan buku terbesar di Malaysia, BookXcess membuka premis terbaharu mereka di sini dan pertama seumpamanya di Malaysia.
BookXcess, terkenal dengan penawaran harga istimewa, diskaun 50% hingga 80% dari harga biasa di semua kedai bukunya dan pesta jualan.
Kedai buku yang kelihatan seperti gudang besar berkeluasan 37,000 kaki persegi ini memuatkan lebih 500,000 jenis buku pelbagai genre.
Ia juga menyediakan 2 dewan majlis, pentas, kafe dan ruang bacaan yang cukup besar dah macam perpustakaan.
Jadi bagi yang mencari port lepak yang selesa, tenang dan mendamaikan mata, Tamarind Square adalah lokasi sempurna untuk korang!
Sumber Foto: Twitter
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah