Kecoh Kat Media Sosial, Orang Automatik Buat ‘Wave Dance’ Bila Pekena Jajan Ni!

MAKAN
May 17, 2020 - 01:00 AM


Korang perasan tak sejak ada macam-macam media sosial ni, makin banyak pula tarian-tarian viral yang menjadi ikutan masyarakat tak kiralah yang tua mahupun budak-budak muda.

Terbaharu kalau korang tengok trending, ada satu tarian tu bukan main ramai yang tiru siap menyanyi-nyanyi dengan jingle berbunyi "It's so WAVY! It's so yummy!".

Tapi yang peliknya asal dorang makan sejenis jajan ni je, automatik mak bapak ke anak-anak ke semuanya mula bergoyang sakan buat aksi ala-ala gelombang ombak gitu.

Korang nak tahu tak rupa-rupanya punca di sebalik tarian yang dinamakan 'Wave Dance' itu adalah gara-gara snek SHOYUEMI!

Dek kerana rasanya yang rangup dan sedap, ramai yang suka sampai terbawa-bawa menari keriangan. Macam tu sekali penangan snek ini kepada mereka!

Korang mesti tertanya-tanya apa lagi istimewanya Shoyuemi ni sampai jadi siulan ramai dan favorit kepada mereka yang memang 'hantu snek'!

Kalau korang nak tahu, Shoyuemi ini adalah snek keluaran paling terkini daripada 'Snek Ku' iaitu jenama makanan ringan yang telah lama bertapak lebih 40 tahun lalu.

Sebelum ni Snek Ku juga popular dengan jajan yang mesti korang pernah makan seperti Mi Mi, Tam Tam, Ken, Pickfine dan Grain 5.

Menariknya, Shoyuemi ini didatangkan dalam 4 pilihan perisa yang kesemuanya lazat dan sedap-sedap belaka. Korang mesti rambang mata nak pilih!

Bungkusan dengan warna hijau adalah perisa Original; merah sudah semestinya Spicy, hitam tentu-tentu Black Pepper dan warna biru merupakan perisa Seaweed. 

Meskipun terdapat pelbagai perisa namun semuanya lazat dan pastinya memenuhi cita rasa rakyat Malaysia!

Bestnya lagi tentang Shoyuemi ini adalah ia dikeluarkan dalam pek besar dan parti pek yang memang seronok kalau dinikmati ketika bersantai bersama keluarga. Barulah lebih erat dan lebih mesra hubungan kekeluargaan kita!

Kalau buat parti hari jadi untuk anak-anak ataupun ada majlis yang dilakukan di rumah, Shoyuemi pun boleh dijadikan sebagai salah satu hidangan snek yang pasti digemari tetamu yang datang.

Jadi tunggu apa lagi, jom cepat-cepat dapatkan Shoyuemi di pasaraya berdekatan dan pastikan korang cuba kesemua perisa yang ditawarkan, confirm makan sekali memang nak lagi!

Layari laman sesawang rasmi Snek Ku serta lawati laman media sosial Facebook dan Instagram mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Apa-apa pun sebelum tu, jom kita enjoy Shoyuemi Wave Dance ni dulu!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah