Minum Terus Air Kelapa Kalau Dah Kupas, Nanti Rugi!

MAKAN
May 06, 2021 - 11:41 AM


Bila kita berpuasa mesti kita teringin nak minum air yang menyegarkan tekak kita lagi-lagi cuaca panas pulak tu. Jadi tak hairan lah kenapa ia jadi pilihan utama ketika berbuka. 

Rasa air kelapa yang sejuk lagi enak bila masuk ke rongga tekak, Fuh! Tak mampu berkata-kata.

Ada sebab kenapa kita kena minum air kelapa cepat-cepat lepas dah kupas. Selalu kalau yang dijual dekat bazar atau kedai mesti dah siap kupas dan terus bungkus.

Vitamin C dalam air kelapa juga mudah hilang apabila ia bersentuhan dengan udara. Jadi sebaik-baiknya segera minum airnya selepas dibuka.

Air kelapa ni juga ada banyak khasiat. Apa sahaja khasiat yang ada dalam air kelapa?

1. Karbohidrat

Kadar gula yang tinggi dalam karbohidrat termasuk gula buah (fruktosa) dan rendah gula (glukosa). Kadar gula dalam darah manusia tidak akan meningkat walaupun ada fruktosa.

​2. Mineral

Ia juga tinggi dengan kandungan mineral seperti kalium, magnesium dan zat besi. Ia membantu membentuk enzim yang membangunkan kepadatan tulang dan gigi serta membantu kerja setiap organ dalam tubuh termasuk sel saraf.

3. Serat

Memandangkan ia termasuk dalam kategori buah, kelapa juga kaya dengan serat. Meskipun bukan sebagai tenaga, serat penting bagi memelihara kesihatan sistem penghadaman manusia.

4. Vitamin B dan C

Air kelapa mengandungi vitamin larut air iaitu vitamin B dan C. Bagi mendapatkan kandungan vitamin itu secara maksimum, adalah lebih baik minum air kelapa segar tanpa menambah ais atau gula.

5. Antioksidan

Kelapa juga memiliki antioksidan yang baik untuk tubuh yang dapat menjaga sistem metabolisme badan.

sumber: mStar

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah