Guna 100 Peratus Kopi Kampung, 'Kopi Dua Darjat' Kini Jadi Buruan Coffee Lovers!
MAKANJuly 14, 2021 - 06:00 PM
Dibuka tak sampai 8 bulan, tapi dah ada 19 cawangan!
Itu penangan KOPI DUA DARJAT yang luar biasa disebabkan keunikan kopinya yang diperbuat daripada jenis kopi kampung seratus peratus.
Kalau korang nak tahu, gerai minuman kopi bawah pokok yang dibuka di sekitar Lembah Klang ini sebenarnya diusahakan oleh 2 sahabat yang berdepan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.
Ketika ini timbul idea oleh Syed Abdul Hadi Syed Hamzah dan Azad Azmy yang masing-masing berusia 36 dan 37 tahun untuk mengusahakan bisnes bagi menambah pendapatan mereka serta mengambil langkah berani membuka Gerai Kopi Dua Darjat di Lakefield, Sungai Besi pada November lalu.
Dalam temubual eksklusif bersama Malaysia Gazette, Syed Abdul Hadi berkata mereka langsung tidak menduga dengan sambutan luar biasa yang diterima ke atas jenama kopi hingga mampu mencatat jualan kasar lebih lima angka sebulan.
βKami tidak sangka Kopi Dua Darjat mendapat sambutan menggalakan dan menerima komen positif di kalangan pelanggan hingga cawangannya dibuka dengan begitu pantas.
βKeistimewaan Kopi Dua Darjat kerana kami menggunakan kopi kampung yang diperbuat di dalam negara namun diolah dengan cara moden dengan purata harga dijual antara RM3 hingga RM6 sahaja,β katanya.
Syed Abdul Hadi memberitahu, mereka memilih bisnes kopi kerana berpendapat tidak ramai masyarakat yang berminat membeli air kopi di tepi jalan sebaliknya majoriti lebih gemar memilih kafe selesa yang berhawa dingin.
Selain kekuatan dari segi penggunaan jenis kopi kampung, ramai menggemari kopi Dua Darjat disebabkan harganya yang murah dan diolah secara moden dengan menambah perisa dalam menu seperti sirap, karamel, susu dan vanila.
Bagi peminat kopi, mereka yang ingin mencuba Kopi Dua Darjat boleh melayari Facebook: kopiduadarjat dan Instagram: kopiduadarjat bagi mencari lokasi cawangan yang berdekatan masing-masing.
Berikut harga, jenis kopi dan lokasi yang boleh anda rujuk:
* HARGA:
Cawan 16oz : RM3 - RM6
Botol 500ml : RM9 - RM11
* CUSTOM KOPI:
Tambah kopi : PERCUMA
Tambah gula : PERCUMA
* LOKASI & PAUTAN INSTAGRAM:
Lakefield, Sungai Besi
Bandar sri Pemaisuri
Seksyen 4 tambahan Bangi
Jenaris Kajang
TTDI Grove - Sabtu & Ahad
Kota Warisan ( Kipmall) sementara
Bandar Saujana Putra @kopiduadarjat_bsp
Desa Pandan @kopiduadarjat_desapandan
Shah Alam @kopiduadarjat_sac
Wangsa Maju @kopiduadarjat_wm
Tmn Melati Setapak @kopiduadarjat.tmnmelati
Setiawangsa @kopiduadarjat_setiawangsa
Danau Kota Setapak @kopiduadarjat_danaukota
KL Traders Square @kopiduadarjat_kltraders
Kampung Baru
Bangsar
*BAKAL DIBUKA:
Melawati
TTDI Taman Tun
Sumber: Malaysia Gazette & Kredit Gambar: FB Kopi Dua Darjat
Destination:
βοΈ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" β οΈdi : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah