Ini Resepi Mudah Buat Mochi Aiskrim, Hanya Guna 5 Bahan Simple!
MAKANJuly 14, 2021 - 09:40 PM
Bila kita semua kena duduk di rumah, kerjanya apa lagi asyik makan...makan...dan makan!
Siapa dekat sini seorang penggemar manisan Jepun yang disebut 'Mochi'?
Jika anda atau anak-anak menyukai dessert Jepun yang diperbuat daripada tepung pulut yang dikukus serta ditumbuk sehingga kenyal dan lembut itu -- anda boleh membuatnya sendiri.
Anak-anak juga pastinya bertambah suka jika mochi buatan anda dicampur bersama aiskrim.
Memang berganda kesedapan mochi tersebut kerana tekstur luarnya yang lembut dan dalamnya sejuk serta cair di mulut. Memang best sangat menikmatinya bersama keluarga!
Jadi, jom cuba resepi mudah ini yang menggunakan bahan-bahan simple sahaja :-
BAHAN-BAHAN
- 50 gram Tepung Pulut
- 100 gram Gula Pasir
- 100 ml Air
- 1 Sudu Besar Pewarna Kesukaan
- Tepung Jagung Secukupnya
- Aiskrim
CARA PENYEDIAAN
- Bulatkan aiskrim menggunakan scoop khas mengikut berapa banyak yang anda mahu. Kemudian aiskrim tadi disimpan semula di dalam peti sejuk beku.
- Gaulkan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian kukuskan sehingga teksturnya berubah likat dan berkilat.
- Taburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas adunan mochi tadi supaya penggelek tidak melekat di atasnya. Gelek sehingga rata.
- Masukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan.
- Terakhir sekali masukkan aiskrim yang sudah disejuk beku tadi ke dalam mochi dan sejukkan selama 30 minit.
Siap dan selamat mencuba!
Kalau anda nak tahu, cara paling terbaik untuk menikmati pencuci mulut ini adalah dengan secawan teh hijau panas - idea yin yang di mana sesuatu yang manis digandingkan dengan rasa sedikit pahit. Memang mantap!
Sumber: Makan Lena
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah