Lokan Bakar Cheese Tarikan Baharu Pasar Terapung Pulau Suri, Kelantan

MAKAN
November 11, 2019 - 11:40 AM


Siapa yang merancang ke Kelantan pada musim cuti sekolah ni, korang jangan lupa untuk jalan-jalan cari makan ke Pasar Terapung Kampung Pulau Suri, Tumpat.

Kalau dah sampai situ, korang wajib cuba pekena menu 'Lokan Bakar Cheese' dia yang memang popular di kalangan pengunjung tempatan dan luar Kelantan.

Menariknya, lokan itu adalah hasil carian sendiri di pinggir Sungai Kelantan oleh pencari lokan, Shahril Hussin sebelum ianya dibakar dan diletakkan sedikit ketulan keju yang dicairkan menggunakan alat pembakar gas.

Lebih menambahkan selera apabila lokan bakar cheese itu hanya akan dihidangkan panas-panas sebaik diminta oleh pelanggan yang beratur di tebing sungai tersebut.

Berikutan permintaan yang semakin menggalakkan, sebanyak 400 hingga 600 lokan disediakan setiap minggu untuk dijual di Pasar Terapung Kampung Pulau Suri.

Lokan bakar cheese itu dijual dengan harga RM5 untuk 15 biji lokan pelbagai saiz, manakala untuk menu bakar biasa dijual pada harga sama namun lebih sedikit kuantitinya iaitu antara 29 hingga 25 biji.

Jadi kalau korang nak rasa sesuatu yang lain daripada lain, bolehlah singgah ke Pasar Terapung Kampung Pulau Suri dan nikmati menu lokan bakar cheese yang memang meleleh ni!

Tapi ingat ya, pasar terapung ini hanya dibuka pada setiap Hari Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 3 petang sahaja. 

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Tak Perlu Lagi Ke Negara Jiran Cari Pasar Terapung, Kelantan Pun Ada 2 ‘Floating Market’!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah