Maruki Ramen - Antara Ramen Asli Jepun Halal Yang Paling Sedap Di Malaysia!

MAKAN
February 17, 2021 - 01:33 PM


Kepada peminat ramen di luar sana, korang mesti dah tahu tentang lokasi-lokasi kedai ramen yang ada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi kalau korang nak cari halal ramen yang menggunakan resipi asli dari Jepun, korang boleh pergi ke Maruki Ramen yang terletak di LINC Kuala Lumpur. Ramen di sini memang sangat sedap dan mendapat pujian dari mereka yang pernah duduk di Jepun!

Di Maruki Ramen, rasa autentik tu datang dari noodles mereka yang dibuat dengan tangan setiap hari menggunakan tepung gandum yang diimport dari Jepun. Gabungkan noodles tersebut dengan kuah ramen yang dicipta menggunakan daging ayam, rasanya memang tak banyak beza dengan ramen asli lain di Jepun. Chef di sini pula memang sudah terlatih di Tokyo tau untuk buat ramen.

Antara menu yang korang boleh cuba kalau korang tak pernah amakan ramen adalah Classic Shio Ajitama pada harga RM 25.90 yang mempunyai chicken roll, telur rebus lembut dan daun bawang. Kuahnya sangat jernih dan sudah pastinya flavor yang datang dari menu ini sangat sedap.

Tapi kalau korang nak kuah yang lagi padu, korang boleh order Superior Shoyu Ramen (RM22.90) yang telah dicampur dengan soy sauce Jepun.

Tapi kalau korang tak nak makan ramen, dan nak cuba makanan Jepun lain pun boleh juga di Maruki Ramen ni. Korang boleh order Karaage Don iaitu ayam goreng bersama nasi. Tapi kami suggest untuk korang ambil Wagyu Don (RM69.90) di mana daging wagyu yang digunakan memang sangat lembut seolah-olah cair dalam mulut korang. 

Seperti kedai ramen lain, mereka juga mempunyai menu snek seperti edamame, tori karaage, dan chicken gyoza. Korang boleh pilih untuk makan di kedai atau take away. Kalau nak delivery pun boleh tiada masalah. Jadi tunggu apa lagi? Tak payah pergi jauh sampai ke Jepun, datang je ke Maruki Ramen ni okay? Selamat menjamu selera!

Alamat: Lot 2-23, Level 2, The Linc KL, No 360, Jalan Tun Razak, 50400 Taman U Thant, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 9 malam, Setiap Hari

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah