Risau Tak Jumpa Makanan Halal Masa Travel Luar Negara? Ini 6 Tip Buat Anda!
TRAVELSiapa di sini yang kalau nak pergi travel mesti luggage korang penuh dengan makanan je daripada pakaian? Maggie, pek segera Brahim, sardin, roti je dah penuh satu beg, kan?
Semua disebabkan bagi mengelak kita kelaparan di negara orang akibat kemungkinan susahnya untuk mencari makanan halal di sana.
Di sini dikongsikan beberapa tip untuk korang lebih mudah mengenalpasti makanan halal di luar negara dan tak perlu susah-susah menahan kelaparan.
1. Kenali Logo Halal Negara Yang Dilawati
Sebelum terbang untuk bercuti, pastikan korang rujuk dahulu senarai ‘Logo Halal Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM’ ini. Ia supaya korang boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara pada produk atau kedai makan di sana. Nak lagi mudah korang muat turun saja senarai tersebut di http://www.halal.gov.my
2. Hafal Istilah Makanan Haram Dalam Bahasa Tempatan
Ini memerlukan korang berusaha sedikit, caranya cari istilah tempatan di ‘Google Translate’ beberapa perkataan seperti kandungan sesuatu makanan apakah ia mengandungi bahan yang tidak halal. Contohnya, kalau korang travel ke Perancis, cari terjemahan perkataan daging babi, arak, wain, bakon dan sebagainya bagi mengelak korang terbeli atau terpesan menu yang ada ramuan-ramuan tersebut.
3. Download Apps Tempat Makan Halal
Sekarang segalanya di hujung jari. Sebelum travel pastikan korang buat sedikit research tentang lokasi percutian, ada berapa restoran atau kedai makan yang halal. Bagi memudahkan pencarian, korang boleh muat turun beberapa aplikasi berkaitan tempat makan halal.
Antaranya seperti Have Halal Will Travel (HHWT), Scan Halal, Halal Navi, Verify Halal, Muslim Pro, myJakim, Jalan Jalan Cari Makan dan Halal Trip!
4. Cari Restoran Vegetarian
Sekiranya tempat yang ingin dituju itu memang tidak mempunyai restoran halal, korang ada alternatif lain dengan mencari restoran yang menyajikan hidangan untuk vegetarian ataupun paling tidak cari restoran India.
Ini kerana, kebanyakkan restoran India mereka tidak menghidangkan daging, hanya makanan laut tapi itu pun korang tanyalah dulu sama ada dia guna wain, alkohol atau lemak haiwan. Dan lagi satu, jangan pula korang pesan makanan yang berasaskan ayam ya!
5. Cari Masjid, Islamic Centre atau Malaysia Hall
Ini pun satu lagi cara paling senang korang nak dapatkan sumber makanan halal. Kadang bukan halal je, silap-silap kalau tempat percutian korang tu ada Malaysia Hall, makanan tradisional Malaysia pun boleh dinikmati macam di Malaysia Hall London!
Kalau korang ke Korea pula, cari Seoul Central Mosque di Itaewon. Sepanjang perjalanan ke masjid tu korang akan jumpa banyak restoran makanan halal yang boleh disinggahi.
6. Masak Sendiri / Bawa Makanan Segera
Kalau malas nak pening-pening kepala, antara solusi paling senang ialah korang masaklah sendiri masa bercuti nanti. Atau bawalah pek makanan segera sebab sekarang nasi dan lauk segera pun dah dijual kat pasaran, tinggal korang nak panaskan saja.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah