Banyak Syarikat Tidak Benarkan Wanita Mengandung Dalam Kontrak Kerja? Ada Yang Sanggup Gugurkan Kandungan
VIRALMasih banyak rupanya syarikat sekarang yang memberikan syarat agar wanita tidak hamil ketika masih berkhidmat dengan mereka...
Orang selalu kata, nak cari kerja memang tak senang, tapi siapa sangka mencari kerja sebagai seorang wanita adalah cabaran yang lebih besar.
Dah 2021, namun masih ada syarikat yang ingin mengambil tahu perancangan keluarga seseorang sebelum mengambil mereka berkerja. Masih ada syarikat yang tidak membenarkan seseorang wanita untuk mengandung ketika berada di dalam kontrak, dan ada yang dimarahi kerana mengandung ketika syarikat sedang sibuk.
Baru-baru ini tular sebuah screenshot seorang wanita di dalam grup wanita hamil di Facebook meminta pendapat tentang proses menggugurkan kandungan atas alasan kesihatan, perancangan keluarga, ataupun pekerjaan.
Menurut 'ibu' yang memuatnaik hantaran tersebut, jika mengandung di dalam durasi kontrak, maka perlu berhenti dan membayar pampasan kepada syarikat kerana melanggar perjanjian.
Teruk kakak ni kena kecam di group fb ibu hamil. Inilah hakikatnya - terpaksa gugurkan kandungan kerana kerja. Jadi, siapa lagi nak cakap tak ada penindasan terhadap wanita? Tak jadi pada kau atau keluarga, tak bermakna hal macam ni tak ada! pic.twitter.com/V7QdG8twJb
— SG🏴 (@SheeraGhafar) September 29, 2021
Ramai netizen yang berasa marah terhadap hantaran tersebut berkata seolah-olah tiada hak asasi untuk wanita di Malaysia, dan tiada undang-undang yang dapat melindungi wanita.
Ada juga netizen yang berpendapat kurang enak mengatakan wanita tersebut lebih mementingkan kerja daripada kandungan sendiri, namun jike berada di dalam situasi seperti pandemik kini, adakah 'ibu' tersebut mempunyai pilihan?
Ramai juga yang memahami keadaan 'ibu' tersebut dan turut berkongsi pendapat pengalaman mereka.
Dalam keadaan ekonomi zaman sekarang di mana semua orang hidup dengan pendapatan cukup-cukup makan, relevan ke wanita masih dilayan seperti hanya suri rumah tangga dan dilayan dengan peraturan sebegini di tempat kerja?
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah