"Malaysian Sangat!" Kamera Tangkap Pandelela Rinong Sebut 'B*bi' Selepas Melihat Skor Di Tokyo 2020
VIRALDua hari lepas (27 Julai), rakyat Malaysia diberikan kejutan yang membuat ramai orang tersenyum dan ketawa apabila atlet sukan terjun, Pandelala Rinong 'ditangkap' menyebut 'B*abi' di dalam televisyen antarabangsa di temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pandelela bersama Leong Mun Yee yang selesai untuk set terakhir terjunan seirama wanita ketika itu sedang menunggu skor diumumkan, dan selepas Pandelela mendengar skor mereka, terlihat reaksi pertama beliau yang menyebut 'B*abi' kemudian melibas tuala yang dipegangnya.
Walaupun tidak kedengaran suaranya dari video tersebut, namun rakyat Malaysia memang boleh konfem-kan yang memang itulah perkatan yang disebut Pandelela.
Pandelela saying “babi” is such a mood pic.twitter.com/c4fSd2B176
— Typical Malaysian (@TypicalMsian) July 27, 2021
Netizen Malaysia ketika itu ramai yang berkata walaupun berada di Tokyo, Pandelela membawa semangat seorang rakyat Malaysia dan reaksi tersebut sudah tentulah reaksi 'tulen' orang Malaysia.
Gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee tamat di tempat ke-8 bagi acara terjun seirama wanita 10m platform dengan skor keseluruhan 277.98.
Namun begitu, rakyat Malaysia masih memberikan kata-kata yang positif dan bangga dengan kedua atlet yang mewakili negara itu.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah