6 Fakta Penting Tentang Letusan Gunung Berapi Dasar Laut Tonga!

VIRAL
January 17, 2022 - 12:08 PM


Semalam (Ahad) -- viral di media sosial dengan penularan video letusan gunung berapi di dasar laut Tonga yang menyebabkan berlakunya gelombang tsunami dan "kerosakan besar" kepada ibu kota pulau itu.

Sistem komunikasi masih terputus dan kira-kira 100,000 penduduk di Tonga masih tidak dapat dihubungi.

Letusan gunung berapi dasar laut di Tonga petang Sabtu (15 Jan) begitu kuat sehingga mencetuskan tsunami yang membanjiri kawasan-kawasan pantai Pasifik.

Tempat-tempat sejauh Peru di Amerika Selatan turut merasakan kesan tsunami. Banjir juga berlaku di kawasan pantai beberapa bandar Peru dengan kenderaan terkandas di jalan-jalan yang ditenggelami air.

Bukan itu sahaja malah Jepun turut dibadai dengan ombak setinggi 1.2 meter di sepanjang kawasan pantai Amami, di Wilayah Iwate.

Bagi Amerika Syarikat pula, negara itu juga mengeluarkan amaran tsunami.



Berikut antara fakta penting mengenai letusan gunung berapi di dasar laut Tonga yang menggemparkan dunia:-

1. Letusan gunung berapi ini telah menghasilkan abu yang memanjang sehingga 5 km dan naik sehingga hingga 20 km ke udara dari paras laut. Abu ini menutup langit seluas sekitar 180,000 meter persegi.

2. Letusan ini dapat didengari sejauh 2,300 km di New Zealand yang mana bunyi letusan ini didengari 2 jam selepas letusan ini berlaku. Laporan baru-baru ini, letusan ini dapat didengari sehingga 9,000 km ke Alaska.

3. Letusan ini menghasilkan gempa bumi bermagnitud 5.8. Gempa terhasil kerana tekanan magma daripada perut gunung, seterusnya menghasilkan tsunami setinggi dari 1.5 meter hingga 2.5 meter. Tsunami telah menyebabkan berlakunya kemusnahan dan banjir di beberapa buah negara.

4. Apabila gunung berapi meletus, petir juga terhasil disebabkan oleh pelanggaran zarah abu yang meletus dari gunung berapi. Dilaporkan sebanyak 200,000 kilat petir direkodkan.

5. Saintis menjangkakan, letusan gunung berapi ini berpotensi mencetuskan iklim sejuk buat sementara waktu. Ini pun bergantung pada jumlah sulfur dioksida yang dihasilkan oleh gunung tersebut.

6. Letusan ini bukan disebabkan oleh letupan bom hidrogen nuklear seperti yang digembar-gemburkan.

Sumber: Twitter Zamir Mohyedin

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah