AirAsia Tambah Kekerapan Penerbangan Ke 14 Destinasi Domestik Popular

VIRAL
June 22, 2020 - 12:00 PM


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan menambah kekerapan penerbangannya bagi laluan destinasi pilihan ramai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang.

Ia juga meliputi laluan Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu serta dari Johor Bahru ke Kuching dan Pulau Pinang.

Destinasi domestik lain AirAsia adalah Alor Setar, Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Miri, Bintulu, Sibu, Sandakan, Tawau serta Labuan.

Bagaimana pun, jumlah sebenar penerbangan tambahan bagi Julai akan diumumkan kemudian, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat.

“Kami menyaksikan permintaan yang menggalakkan bagi pengembaraan domestik sejak menyambung semula operasi penerbangan.

“Oleh itu, kami akan terus memantau permintaan itu dan diharapkan dapat beransur-ansur meningkatkan kekerapan penerbangan dari hab lain seperti Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang di masa depan,” katanya.

Sumber: Bernama

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah