Arak Bebas Cukai Tidak Dijual Di Pulau Pangkor

VIRAL
October 24, 2019 - 11:37 AM


Seperti yang kita sedia maklum, bermula Januari 2020, Pulau Pangkor bakal membawa status sebagai ‘Pulau Bebas Cukai’.

Selalunya barangan berjenama seperti coklat, peralatan dapur, minyak wangi, pakaian, rokok dan minuman keras menjadi senarai yang diberi kebebasan cukai.

Bagaimanapun di Pulau Pangkor, minuman keras secara bebas cukai tidak akan dibenarkan untuk jualan.

Manakala rokok masih dalam pertimbangan untuk dijual secara bebas cukai ataupun tidak.

Keputusan untuk tidak membenarkan arak bebas cukai dijual di pulau peranginan itu telah dibincang serta dipersetujui bersama oleh pihak Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Kewangan.

Sebelum ini media melaporkan, pengisytiharan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai membabitkan peruntukan keseluruhan RM486 juta bakal dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Pulau Pangkor muncul sebagai pulau peranginan keempat yang diberi status bebas cukai oleh Kerajaan bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa ke pulau berkenaan.

Sumber: Berita Harian

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah