Baru Dapat Dos Ketiga, Mungkin Kena Ambil Dos Keempat Pula Bagi Penerima Sinovac!

VIRAL
January 03, 2022 - 12:14 PM


Ini berita khas buat penerima vaksin Sinovac.

Mungkin ramai antara golongan ini yang baru sahaja menerima dos ketiga atau dos penggalak (booster) -- namun ada kemungkinan penerima vaksin Sinovac bakal memerlukan dos keempat pula!

Kementerian Kesihatan sedang mengkaji perkara tersebut bagi meningkatkan perlindungan mereka terhadap varian Covid-19 Omicron yang begitu tinggi kadar jangkitannya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kementerian telah mengambil maklum kajian baru-baru ini yang mendapati dua dos suntikan vaksin Sinovac diikuti suntikan penggalak Pfizer, kurang berkesan dalam mengekang penyebaran varian Omicron.

"Kumpulan kerja teknikal Kementerian Kesihatan sedang mengkaji maklumat yang diperoleh dan akan mengemukakan cadangan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sama ada mereka yang menerima dua dos vaksin Sinovac diikuti suntikan penggalak Pfizer memerlukan dos lain.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang kesimpulan," kata Khairy.

Berdasarkan laporan media, kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican dan beberapa institusi lain mendapati dua suntikan vaksin Sinovac diikuti dengan dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang lebih rendah terhadap Omicron berbanding varian lain.

Sumber: THE STAR

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah