Bercuti Di Hotel Mewah Selama 46 Malam, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Tercengang

VIRAL
February 08, 2022 - 05:25 PM


Sejak Tahun Baru Cina lepas, ramai yang mengambil kesempatan untuk cuti-cuti bersama keluarga ke pelbagai tempat menarik di dalam negara.

Meskipun hanya bercuti di Pulau Pinang, perkongsian seorang lelaki di grup Facebook Hotel Review Malaysia baru-baru ini agak mengejutkan netizen.

Menerusi posting tersebut, lelaki bernama Adnan Aziz berkongsi review serta pengalamannya selama bercuti di Hard Rock Hotel, Pulau Pinang selama 46 malam!

Menurutnya, dia telah check in pada 20 Disember tahun lepas dan check out pada 4 Februari 2022 serta mengambil dua jenis bilik iaitu:

  • Seaview Studio Suite with bath tub RM880++ semalam
  • King Suite with private pool RM4500++ semalam

Berstatus sebagai long stay guest di hotel berkenaan, Adnan mengakui sepanjang pengalamannya di Hard Rock Hotel, mereka dilayan dengan baik dan hotel tersebut sangat mematuhi SOP.

Malah yang lagi bestnya, staf di sana siap membuat arrangement untuk Adnan sekeluarga ambil booster dose Astrazeneca di Tapak Pesta Pulau Pinang tau. Mantap la servis hotel ni! Kalau korang nak baca full review percutian panjang abang ni klik sini!

Sumber: Lobak Merah

 
Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah