Gojek, Dego Ride Mula Beroperasi Januari 2020
VIRALSyarikat perkongsian berasaskan motorsikal seperti Gojek dan Dego Ride bakal dibenarkan beroperasi dibawah ‘pilot project’ menjelang Januari nanti.
Gojek dan Dego Ride bakal ditawarkan projek pilot dan dibenarkan beroperasi selama enam bulan bagi pembuktian konsep (POC) sementara pihak berwajib mengkaji sistem mereka selain mewujudkan undang-undang berkenaan e-hailing menggunakan motorsikal.
Projek permulaan ini akan dijalankan di Lembah Klang dan antara syarat yang dikenakan adalah penunggang motorsikal haruslah berusia melebihi 18 tahun dan penunggang dan motorsikal harus boleh dikenalpasti semasa tempoh POC.
Selain itu, syarat yang dikenakan adalah motorsikal tidak melebihi lima tahun dan penunggang serta pembonceng perlu diinsurankan.
Tempoh POC ini bakal membolehkan pihak kerajaan serta syarikat yang terlibat untuk mengumpul data yang diperlukan oleh mereka seperti permintaan, ketersediaan dan perkhidmatan yang boleh disediakan berasaskan bike-hailing.
Dari segi keselamatan pula, pihak JPJ dan PDRM akan terlibat dalam menyediakan undang-undang berkaitan bike-hailing berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan.
P/s : Berita ini pastinya memberikan berita gembira kepada ramai anak muda yang ingin menambah pendapatan mereka.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah