Instafamous Hidang Tarian Pondan Separuh Bogel Masa Open House!

VIRAL
May 30, 2022 - 06:06 PM


Penganjur Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri direman selama tiga hari selepas 'menghidangkan' hadirin dengan tarian separuh bogel oleh beberapa penari lelaki yang menyerupai wanita.

Suspek yang juga pengusaha komestik dan dikenali sebagai 'Cik Lala', 27, itu ditahan reman mulai 29 Mei.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku pada 27 Mei lalu di Central Walk I-City, Shah Alam sekitar jam 8 hingga 11.30 malam.

Menurut Mohd Iqbal, penganjur turut dipercayai telah membakar bunga api sehingga menjejaskan beberapa unit kediaman lain.

Laporan polis yang dibuat berikutan pengadu yang bimbang imej I-City sebagai kawasan hab pelancongan bakal terjejas dengan aktiviti berkenaan.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah