Kereta Api Bukit Bendera Ditutup Sementara Bermula 18 Jun Depan
VIRALMarch 03, 2020 - 03:28 PM
Jika korang ada perancangan untuk menaiki kereta api di Bukit Bendera, Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini, mungkin hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan sementara.
Ini kerana perkhidmatan kereta api di destinasi pelancongan terkenal itu bakal ditutup sementara selama seminggu bermula 18 Jun depan atas sebab kerja-kerja penyelenggaraan tahunan berjadual.
Menurut kenyataan Perbadanan Bukit Bendera (PHC), perkhidmatan kereta api itu akan beroperasi semula selepas penyelenggaraan tahunan selesai pada 25 Jun.
Rutin penyelenggaraan berjadual sebanyak 2 kali setahun itu dilakukan di bawah pengawasan syarikat Garaventa AG dari Switzerland untuk memastikan sistem funikular tersebut sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan memenuhi pemeriksaan syarat keselamatan yang ketat.
Sepanjang tempoh penutupan selama 7 hari itu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh syarikat persendirian dari Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi PHC di talian 04-8288880 atau e-mel kepada inquiries@penanghill.gov.my.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah