Korang Peminjam PTPTN Yang Terjejas Pendapatan? Boleh Mohon Penangguhan Mulai Hari Ini
VIRALMenjadi lumrah kehidupan untuk kita berhutang di dalam kemampuan bulanan kita untuk mendapatkan sesuatu perkara, termasuklah untuk menyambung pelajaran. Jadi min rasa, berhutang PTPTN adalah salah satu hutang yang ditanggung ramai orang, sebaik sahaja tamat pengajian.
Tapi ada kebaikannya sebab dengan adanya komitmen, ianya mampu menjadi penggerak untuk korang terus berusaha untuk pastikan hutang korang tidak tertangguh sampai menimbun. Dan tatkala pandemik ni, mesti ada yang terjejas pendapatan dan mengalami kepayahan dalam membayar komitmen bulanan kan?
Prihatin dengan situasi peminjam yang terjejas pendapatan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mengambil inisiatif melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman selama 3 bulan kepada kumpulan peminjam yang layak.
Peminjam yang terkesan boleh membuat permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021, dan tempoh penangguhan akan bermula dari bulan permohonan diluluskan.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah