Labuan Yang Pertama Capai Imuniti Kelompok Dan Sedia Beralih Ke Fasa 3 PPN
VIRALWilayah Perseketuan Labuan hari ini selesai memvaksinasi penuh 80 peratus populasi dewasa mereka menjadikan pulau bebas cukai itu wilayah pertama di Malaysia yang berjaya mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan wabak pandemik.
Labuan berjaya memberikan suntikan vaksin kepada 54,800 daripada 68,500 penduduk dewasa mereka yang layak diberikan vaksinasi melalui Program Imunisai COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Antara yang membuatkan Labuan berjaya mencapai imuniti kelompok dengan pantas adalah inisiatif memperluas program itu dengan menjalankan vaksinasi dari rumah ke rumah bagi OKU dan mereka yang terlantar sakit, serta vaksinasi pandu lalu.
Dengan berita imuniti kelompok tersebut, Labuan bakal menyaksikan peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada bila-bila masa minggu depan.
Setakat semalam, Labuan merekodkan jumlah kumulatif 9,607 kes COVID-19 dan 146 kematian akibat wabak itu. Lapan kes dicatat semalam namun tiada kematian dilaporkan.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah