Lepas Kes Pelancong Buang Najis Di Tapak Suci Machu Picchu, Peru Pasang 18 Kamera Sekaligus!
VIRALJanuary 23, 2020 - 04:40 PM
"Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"
Itu yang dapat digambarkan keadaan apabila dek kerana sikap tidak bertanggungjawab 6 pelancong asing yang merosakkan warisan budaya dengan membuang najis dalam kuil di tapak suci Machu Picchu, Peru --- kini pihak keselamatan negara itu terpaksa memasang kamera keselamatan berteknologi tinggi.
Pada awal bulan ini, sekumpulan pelancong yang terdiri daripada seorang warga Perancis, seorang warga Chile serta masing-masing dua warga Brazil dan Argentina didapati bersalah mencemarkan kesucian kuil berusia 600 tahun itu serta berdepan hukuman denda dan penjara.
Enggan insiden sama berulang kembali, 18 buah kamera akan ditempatkan di tiga titik strategik kubu serta titik akses dari gunung sekitar kompleks Machu Picchu.
Dengan adanya pemasangan kamera berkenaan, pihak berkuasa Peru berharap dapat mengawal dan memantau pengunjung dengan lebih baik serta mengelakkan sebarang tindakan atau pelanggaran terhadap peraturan, juga apa-apa jenis risiko.
Machu Picchu, yang bermakna ‘gunung tua’ dalam bahasa Quechua yang dituturkan masyarakat setempat, dibina di puncak gunung ketika pemerintahan Raja Inca, Pachacuti (1438-1471).
Kawasan itu ditemui penjelajah Amerika Syarikat (AS), Hiram Bingham pada 1911 dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytiharkannya sebagai tapak warisan Dunia pada 1983.
Machu Picchu juga pernah dinobatkan sebagai Tarikan Pelancong Terkemuka Dunia sebanyak 2 kali!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah