Nak Bercuti Ke Cameron Minggu Ni? Jangan Guna Jalan Tapah, Ikut Simpang Pulai - PDRM

VIRAL
November 23, 2021 - 09:50 PM


Kalau hujung minggu ini atau dalam masa terdekat anda ada perancangan untuk bercuti ke destinasi tanah tinggi popular, Cameron Highlands -- ini ada 1 peringatan penting buat anda!

Anda dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif lain seperti mengikut arah dari Simpang Pulai, memandangkan bermula Selasa (23 November) Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pembersihan susulan kejadian tanah runtuh pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata keputusan penutupan jalan itu dibuat oleh pihak polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana dikhuatiri membahayakan pengguna jalan raya.

Kerja membersihkan runtuhan tanah di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah telah dijalankan, namun masih terdapat runtuhan baru sehingga menyekat laluan pengguna jalan raya.

“Hasil perbincangan, Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bermula hari ini sehingga selesai kerja membersihkan runtuhan.

“Papan tanda penutupan jalan telah diletakkan di Batu 4, Jalan Pahang. Pengguna yang mahu ke Cameron Highlands dinasihatkan menggunakan jalan alternatif lain,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, namun penduduk yang tinggal di sepanjang jalan berkenaan sehingga ke Batu 20, masih boleh menggunakan laluan itu.

Semalam, hujan lebat hampir dua jam mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi di Cameron Highlands.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah