Netizen Main Teka-Teki, Kluster Dah Teluk Nibung... Ritz Carlton Langkawi Ke?

VIRAL
October 07, 2021 - 12:07 PM


Sejak petang Isnin, tular di media sosial mengenai laporan media tempatan berkenaan sebuah hotel terkemuka di Langkawi yang dikhabarkan seramai 59 orang kakitangannya telah disahkan positif wabak COVID-19.

Namun, tiada pelancong daripada gelembung pelancongan itu yang didapati positif. 

Menurut laporan, hotel yang tidak didedahkan identiti itu terpaksa menghentikan sementara operasi mereka dan menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, kesemua kes jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung.

Seramai 249 individu telah disaring dengan 59 daripada mereka disahkan positif, 192 individu negatif dan tiga lagi individu masih menunggu keputusan saringan.

Dr Othman turut memaklumkan, kluster berkenaan melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga.Dalam perkembangan berkaitan, kesemua pelancong yang menginap di hotel berkenaan kini dipindahkan ke sebuah hotel lain di bawah syarikat yang sama.

Malah, semua kontak rapat juga telah dikenal pasti serta telah melakukan ujian saringan COVID-19 dan diberi arahan menjalani Home Surveillance Order (HSO) selama 10 hari. Sehingga kini, JKN Kedah mengesahkan bahawa penularan jangkitan COVID-19 adalah terkawal.

Netizen Teka, Hotel Ritz Carlton Ke?

Di media sosial, netizen berteka-teki mengenai hotel terkemuka yang dimaksudkan. Berdasarkan nama kluster, Kluster Dah Teluk Nibung, ramai yang menyatakan bahawa Hotel Ritz Carlton adalah hotel yang dikhabarkan mempunyai kluster tersebut.

Namun, sehingga kini, Ritz Carlton Langkawi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan netizen. 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah