PKP Di 6 Negeri Terawal Dilanjutkan, Tamat Serentak Dengan 6 Negeri Lain!
VIRALJanuary 21, 2021 - 06:39 PM
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri terawal sejak 13 Januari lalu dan sepatutnya tamat pada 26 Januari ini, akan dilanjutkan lagi tempohnya sehingga 4 Februari depan!
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua negeri terbabit akan terus dikenakan PKP selama sembilan hari lagi sehingga awal Februari nanti.
“Ini bagi menyeragamkan tarikh tamatnya serentak dengan enam negeri lain yang bakal dilaksanakan PKP bermula esok selama dua minggu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
PKP 2.0 diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu meliputi Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bagaimanapun, Ismail pada 19 Januari lalu mengumumkan pelaksanaan PKP di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari ini.
Sementara itu, Kerajaan juga telah bersetuju untuk membenarkan kktiviti penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja dilanjutkan sehingga pukul 10 malam, berbanding sebelum ini hanya pada 8 malam.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah