Sabiha Gokcen Istanbul Diiktiraf 'Lapangan Terbang Terbaik Tahun Ini'!

VIRAL
December 09, 2019 - 11:23 AM


Tak dinafikan selain syarikat penerbangan yang menyediakan pengangkutan untuk para pengembara mengelilingi dunia, lapangan terbang juga antara yang memainkan peranan dalam memastikan keselesaan dan kelancaran kepada golongan itu sebaik tiba atau berlepas dari sesebuah negara.

Oleh itu, perkhidmatan yang terbaik di sesebuah lapangan terbang sangat ditagih oleh para pengguna yang terdiri daripada individu seluruh dunia.

Tahun ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, Turki dipilih sebagai “Lapangan Terbang Terbaik" pada Jumaat oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA), yang merupakan antara organisasi penerbangan terkemuka di dunia.

Pengiktirafan itu diberikan berdasarkan kisah kebangkitan dan usaha penambahbaikan yang luar biasa oleh pihak lapangan terbang Istanbul demi memastikan keselesaan para penggunanya terus terjamin.

Anugerah berkenaan juga secara kebetulan bertepatan dengan tempoh 10 tahun selepas pembukaan terminal baharu lapangan terbang tersebut, yang menyaksikan peningkatan trafik melebihi enam kali ganda dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 200 juta penumpang.

Sabiha Gokcen adalah lapangan terbang kedua tersibuk di Turki dan ke-12 tersibuk di Eropah serta mengendali lebih 35 juta penumpang setiap tahun.



Anugerah Kecemerlangan Penerbangan itu, yang ditentukan oleh juri bebas antarabangsa, diberikan dalam 10 kategori.



Lapangan Terbang Sabiha Gokcen dipilih daripada lapangan terbang yang mengendali sekurang-kurangnya 30 juta penumpang.

P/S: Dengar kata design lapangan terbang ni pun direka dengan ciri-ciri khas supaya tahan gempa bumi. Hebat,kan!

Sumber: Bernama

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah