Semua Terminal Bas Seluruh Negara Bakal Laksana Beli Tiket Tanpa Tunai

VIRAL
January 23, 2020 - 03:57 PM


Sekarang ni semua orang bercakap pasal 'cashless society' atau dalam kata mudah e-dompet!

Malah tidak lama lagi, untuk membeli tiket bas di kesemua terminal pengangkutan bas awam di seluruh negara juga akan menggunapakai sistem pembelian tanpa tunai dan cuma menggunakan e-dompet yang dikendalikan oleh 3 pengendali platform iaitu Boost, Touch ‘n Go serta GCash.

Buat masa ini, antara terminal yang telah mengamalkan pembelian tiket cashless ini adalah Terminal Amanjaya di Ipoh, Perak.

Langkah sama disusuli oleh Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang baharu saja melancarkan sistem pembelian menggunakan e-dompetnya semalam (22 Jan 2020).

Inisiatif sama akan juga dilakukan di terminal bas lain, namun secara berperingkat.

Ini kerana pengusaha syarikat bas terutama bas henti-henti yang mendapat subsidi daripada kerajaan, mereka disyaratkan untuk melaksanakan sistem pembelian tiket tanpa tunai.

Begitu juga bagi syarikat bas ekspres yang melalui destinasi utama turut disaran melaksanakan usaha ‘cashless’ ini.

Tahun ini, perkhidmatan pengangkutan awam disasar untuk ditransformasikan kepada sistem pendigitalan bagi memudahkan lagi urusan pengguna di Malaysia.

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah