Sewa Terlalu Mahal, Sebuah Muzium Terpaksa Tutup Dan Jual Koleksi Motorsikal Rare
VIRALMuzium Motorsikal London pada 7 Oktober lalu terpaksa ditutup selama – lamanya kerana tidak mampu membayar sewa dan menampung kos operasi.
Diasaskan oleh seorang pengedar motorsikal, Bill Crosby, muzium yang berusia 20 tahun ini menempatkan kira – kira 200 buah motorsikal pelbagai jenis dan kebanyakannya mempunyai nilai sejarah yang tinggi.
Menyambut ulangtahun ke-20 pada Mei lalu, dikhabarkan kadar sewa bangunan di London semakin meningkat lain. Menurut sumber, muzium ini pernah merayu untuk bantuan sebanyak 2 kali bagi membayar hutang – hutang mereka.
Menurut isteri pemilik, kadar sewa bangunan yang menempatkan muzium mereka ini telah naik hampir 100 peratus dan ini membuatkan muzium ini terpaksa ditutup kerana tidak lagi mampu bertahan.
Walaupun ada usaha untuk mencari lokasi lain di London, tiada bangunan yang menawarkan kadar yang mampu dibayar oleh pemilik muzium. Sebagai langkah terakhir, mereka terpaksa menutup operasi muzium dan menjual koleksi motor yang ada di muzium.
Koleksi motorsikal yang ada di muzium ini mengambil masa 65 tahun untuk dikumpulkan dan kini telah dijual pada satu acara lelongan, Strafford Motorcycle Show.
Difahamkan, antara motorsikal yang ada dalam koleksi berkenaan amatlah rare antaranya Triumph Thunderbird, Bonneville serta sebuah motorsikal Brown Brother’s yang dihasilkan pada tahun 1907 selain ada beberapa lagi jentera prototaip dari Triumph.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah