SoCar Mula Tawarkan Perkhidmatan Di Ipoh

VIRAL
January 20, 2020 - 11:18 AM


Platform perkongisan kenderaan, SoCar melangkah setapak lagi apabila mengembangkan tawaran perkhidmatan mereka ke Ipoh dan sempena dengan penambahan lokasi ini, pihak SoCar mengadakan tawaran istimewa iaitu 3 jam sewaan percuma untuk 2 tempahan pertama di Zon SoCar di Ipoh.

Untuk permulaan, terdapat 5 zon SoCar dengan jumlah 7 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk Perodua Axia, Myvi, Honda City dan Toyota Altis. Situasinya, kalau ke Ipoh menggunakan ETS sekarang ini, ada dua buah kerata ditempatkan di Stesyen KTM Ipoh.

Buat masa sekarang, sewaan pejalanan sehala antara bandar ke Ipoh dari KL, Penang dan JB masih belum tersedia.

Kadar yang dikenakan untuk sewaan Perodua Axia melalui SoCar ialah RM10.09 / jam, Myvi RM10.94/jam, Honda City RM13.48/jam dan Toyota Altis RM16.96 per jam. Untuk sewaan atau tempahan 24 jam, SoCar akan mengenakan cas maksimum 12 jam dan ini termasuk 20km jarak tempoh setiap sejam tempahan dan cas tambahan setiap kilometer sebanyak 35 sen sekiranya melebihi jarak tersebut.

Dibawah ini adalah senarai Zon SoCar di Ipoh :

Gunakan kod ‘SOCARMALI’ untuk dapatkan promosi 3 jam percuma untuk dua tempahan terawal di mana – mana Zon SoCar yang tertera diatas sehingga 31 Januari 2020.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah