Syoknya! Maldives Dan UAE Rancang Gelembung Pelancongan Bersama

VIRAL
May 28, 2021 - 06:06 PM


Nampaknya kini ada negara yang dalam situasi pandemik yang tidak terkawal, kes yang terus meningkat, namun masih juga ada negara di dalam keadaan terkawal di mana penduduk mereka macam dah boleh lihat sinar kehidupan biasa tanpa wabak.

Sama juga, sebelum ni min ada kongsikan tentang Singapura dan Hong Kong yang terpaksa sekali lagi membatalkan perancangan gelembung pelancongan disebabkan oleh kes jangkitan yang semakin meningkat, korang boleh baca di sini. Namun, berbeza dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maldives yang baru sahaja mengumumkan perancangan untuk membentuk koridor pelancongan yang akan memberikan penduduk yang sudah divaksin untuk melancong dengan bebas diantara dua negara tersebut. 

Setakat ini kedua buah negara masih belum memberi satu tarikh yang tepat akan permulaan kepada gelembung tersebut namun wakil dari UAE telah pun memberikan kepastian bahawa kedua buah kerjaan tersebut kini dalam perbincangan tentang pelan itu. 

Menurutnya, pelan tersebut mungkin dapat dijangkakan untuk selesai sekitar bulan Jun. Pelan tersebut akan membenarkan mana-mana pelawat yang telah mengambil 2 dos vaksin yang disahkan oleh WHO untuk melancong diantara dua negara tersebut tanpa perlu melakukan ujian saringan PCR. 

Selain itu, Maldives kini juga di dalam perancangan untuk memberikan vaksinasi kepada pelancong yang ingin melawat ke negara tersebut, namun perancangan tersebut hanya akan diteruskan selepas kesemua penduduk Maldives telah berjaya diberikan vaksin, dianggarkan pada bulan Julai. 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah