Tak Perlu Scan Suhu Badan, Hanya Mysejahtera Bermula 11 Februari

VIRAL
February 09, 2022 - 11:33 AM


Individu yang ingin memasuki mana-mana premis tidak lagi perlu mengimbas suhu mulai Jumaat ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebaliknya setiap individu hanya memadai dengan merekodkan butiran diri menerusi imbasan aplikasi MySejahtera.

"Selepas mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), Mesyuarat Kuartet hari ini menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod check in akan dimansuhkan bermula 11 Februari," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di sini, pada Selasa.

Dengan pemansuhan ini, Hishammuddin memberitahu, pihak pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod daftar masuk di pintu-pintu masuk premis masing-masing.

Bagaimanapun katanya, sekiranya pemilik-pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod check in ini, kerajaan mengalu-alukan dan menggalakkannya.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah