Tawaran Diskaun Saman PDRM 50 Peratus Mulai Esok

VIRAL
June 17, 2021 - 02:09 PM


Kini anda boleh bayar saman dengan diskaun sebanyak 50 peratus dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tawaran ini akan bermula pada 18 Jun hingga 18 Julai depan.

Datuk Azisman Alias, Pengarah Jabtan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata tawaran ini hanya kes kompaun yang tidak termasuk dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

Terdapat senarai kategori di bawah PDRM yang terpilih yang mana tawaran pengurangan kompaun saman trafik ini akan diberi diskaun 50 peratus. Cara untuk mendaftar sangat mudah, korang boleh pergi ke portal rasmi PDRM https://mybayarsaman@rmp.go.my atau muat turun aplikasi di telefon pintar.

Kini aplikasi MyByar saman telah dipertingkatkan demi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Kata Datuk Azisman lagi, semua kaunter pembayaran saman di Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh PKP 3.0 ini.

Sumber: Astro Awani 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah