Wah Tak Sabarnya! Cyberjaya Dipilih Sebagai Lokasi Taman Tema Upin & Ipin!

VIRAL
May 30, 2022 - 02:06 PM


Taman Tema Upin & Ipin merupakan sebuah projek yang dirancang oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan perancangannya sudah bermula seawal tahun 2014 lagi.

Banyak lokasi telah dipertimbangkan dan pengasas Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Razi telah memilih Cyberjaya sebagai lokasi Taman Tema Upin & Ipin.

Perkara itu diumumkan pada Jumaat yang lalu selepas menandatangani perjanjian dengan Cyberview Sdn. Bhd. untuk membina Taman Tema Upin Ipin di Cyberjaya.

Pastinya pembinaan Taman Tema Upin & Ipin ini bakal menaikkan imej Cyberjaya apabila taman tema tersebut siap dibina di bandar itu. Malah, Upin & Ipin bakal menjadi siri animasi Malaysia pertama yang mempunyai taman temanya yang tersendiri jika ia berjaya dilaksanakan.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah