Wow, Betul Ke Kita Boleh Rentas Negeri Awal Atau Pertengahan Oktober Ni?

VIRAL
September 28, 2021 - 01:49 PM


Ini sememangnya berita yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana telah lama tak dapat pulang ke kampung atau Cuti-Cuti Malaysia.

Kebenaran rentas negeri dijangka dapat dilaksanakan pada bulan hadapan (Oktober) bersandarkan kepada data selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan, rentas negeri akan mula diberikan 'lampu hijau' kepada orang ramai.

Bukan itu sahaja, malah soal pembukaan sempadan negara juga sedang diperhalusi kementerian berkaitan dan akan dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kesemua mengenai perkara tersebut turut akan diumumkan tidak lama lagi, termasuk pembukaan sempadan negara yang juga penting untuk mempercepatkan proses pemulihan negara.

Perbincangan pembukaan sempadan negara merangkumi cadangan sempadan negara dibuka kepada pelancong, peniaga dan usahawan untuk datang ke Malaysia dan membolehkan rakyat Malaysia melancong ke negara yang menerima kedatangan mereka yang telah lengkap vaksinasi.

“Ini adalah salah satu keputusan yang akan membawa kesan besar kepada negara,” kata Tan Sri Muhyiddin.

Sumber: Bernama 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah